بسم الله الرحمن الرحيم
MAKAM IMAM SHAFIE |
Nama
sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie
Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.
Imam
Syafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi
Muhammad saw.
Beliau
dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah. Ada yang
mengatakan pada malam beliau dilahirkan itu Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi)
meninggal dunia akibat diracun oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani
Abbasiyah sewaktu Imam Hanafi berada dalam penjara. Beliau dipenjara , diseksa
dan dirotan kerana tidak mahu memberikan kerjasama kepada Khalifah Bani
Abbasiyah yang zalim itu dengan menolak tawaran untuk menjadi Hakim kerajaannya.
Imam
Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun.Beliau menghafal Kitab
al-Muwatta’ yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Maliki) selama 10 tahun.
Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar biasa.Dibenarkan
memberikan fatwa sendiri oleh gurunya sewaktu berusia 15 tahun sewaktu mengajar
di Masjidil Haram.
Sebelum
melahirkan beliau, ibunya bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari perutnya
lalu naik ke langit.Lalu bintang itu pecah lalu jatuh bertaburan jatuh ke
bumi.Cahaya dari bintang pecah yang jatuh itu menerangi seluruh muka
bumi.Ibunya terkejut bila mengetahui suaminya juga mengalami mimpi yang sama
iaitu dia melihat ada sebutir bintang yang keluar dari perut isterinya.
Imam
Syafie penentang amalan bidaah. Kata beliau, semua perkara yang diadakan
menyalahi Quran dan sunnah atau ijmak ulama adalah bidaah yang keji dan sesat!
Manakala mana-mana perkara atau kebaikan yang tidak menyalahi sedikit pun dari
kesemua itu adalah bidaah yang terpuji. Imam Syafie berpegang kepada fahaman
Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti juga 3 orang Imam Mazhab lain yang terkenal
seperti Imam Hanafi,Imam Maliki dan Iman Ahmad Bin Hambal (mazhab Hambali).
Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini dicetuskan oleh ulamak sebelu mereka iaitu
Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.
Imam
Syafie juga melarang Taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada
sesiapa saja. Beliau selalu berpesan: “Janganlah mereka-reka dalam perkara
agama mengguna-pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak
disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Quran dan hadis”. Beliau juga
berpesan : “Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal kata Rasulullah
bertentangan dengan perkataan saya, Rasulullah itulah lebih utama perlu
dituruti”
NOTE: (
Ramai yang tidak mencatatkan nama mursyid tarbiah ruhani bagi Imam As-Syafie
kerana nak menafikan pendapat-pendapat yang memisahkan ilmu fiqah dgn tasauf,
guru beliau dalam bidang ini ialah Syuhbban Ar-Raie & Abu Hamzah As-Sufi.
Untuk ma'aluman, ketiga-tiga Imam Mujtahid punyai mursyid dlm ilmu tarbiah
ruhani.
Imam Abu
Hanifah gurunya Imam Jaafar Shodiq. Imam Malik pula gurunya Imam Musa Kadzim
& Maaruf Al-Khurki manakala bagi Imam Ahmad pula gurunya ialah Abu Hamzah
As-Sufi & Bisyru Al-Hafi. Semua Imam-imam agung dari ke empat mazhab ada
guru khusus mereka dalam tasawuf...hanya orang orang yg bodoh sahaja menganggap
Tasawuf & Tarbiah Ruhani berasal dari Hindu-Buddha. ALLAHU ALIM! )
Antara
pujian atau pandangan ulamak-ulamak lain kepada Imam Syafie ialah:
Imam
Malik bekas gurunya pernah berkata:
“Tidak ada lagi keturunan Quraisy yang lebih pandai daripada Imam
Syafie”
Imam Ahmad Bin Hambal berkata:
“Wahai anakku, Imam Syafie itu seperti matahari bagi dunia dan
seperti kesihatan bagi tubuh.”
Beliau juga berkata:
“Saya belum faham mengenai ilmu hadis kecuali selepas belajar
dengan Imam Syafie”.
Kata Imam Ahmad lagi:
“setiap ahli hadis yang memegang tinta adalah terhutang budi kepada
Imam Syafie”
Imam Muhammad al-Hakam berkata:
“Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui, cerdik
akalnya,lebih cerdas fikirannya, lebih cermat amalannya,lebih fasih lidahnya
daripada Imam Syafie”.
Beliau berkata lagi:
“Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui berkenaan usul
Fiqah selain dari Imam Syafie”
Menyelusuri perjalanan hidup dan proses pembelajaran Imam Syafie
amat menarik sekali.Ayah beliau meninggal sewaktu Imam Syafie masih kecil, ada
riwayat yang mengatakan sewaktu beliau masih dalam kandungan ibunya lagi.
Gurunya yang pertama secara tidak formal ialah ibunya sendiri. Ibunya mengajar
beliau mengenal huruf dan mengaji al-Quran. Setelah berumur 9 tahun beliau
sudah dapat menghafal Al-Quran.
Bila ibunya membawa Imam Syafie untuk berguru dengan Imam Ismail
Kustantani, seorang guru ilmu Al-Quran yang terkenal waktu itu, Imam Ismail
pada mulanya menolak kerana Imam Syafie baru berusia 9 tahun sedangkan dia
hanya menerima orang menjadi muridnya setelah berumur 12 tahun.Namun setelah
dia menguji hafalan dan ingatan Imam Syafie tentang Al-Quraan, beliau amat
tertarik dengan daya ingatan dan suara Imam Syafie yang merdu lalu terus
mengambil Imam Syafie menjadi muridnya.Apabila Imam Ismail ada urusan
lain, Imam Syafie pula disuruh menggantikan tempatnya mengajar disitu!
Imam Syafie juga amat meminati syair dan puisi, beliau pernah
berguru dengan Mas’ab bin Zubair seorang penyair terkenal.Dalam masa 3 bulan
saja, Imam syafie mampu menghafal 10,000 rangkap syair kaum Bani Huzail. Pernah
suatu kali Imam Syafie memasuki pertandingan syair atas desakan kawan-kawannya,
lalu mengalahkan gurunya Mas'ab pula.
Imam Syafie berguru pula dengan Imam Sufian Ainiah dalam ilmu
hadis sehingga menjadi pakar dalam bidang hadis dan diberi kepercayaan oleh
gurunya untuk mengajar menggantikannya sewaktu ketiadaannya.
Selepas itu Imam Syafie berguru pula dengan Imam Muslim al-Zanji
dalam bidang Feqah pula.Akhirnya dia diakui oleh gurunya dan dibenarkan
mengajar serta memberikan fatwa pula.Namun Imam Syafie masih merasakan kurang
ilmunya lalu dalam diam beliau mula membaca dan menghafal Kitab Muwatta’ yang
dikarang oleh Imam Malik bin Anas pula.
Imam Syafie juga pernah belajar ilmu peperangan dan bermain
senjata dengan gurunya iaitu Amiruddin, seorang bekas tentera.Selepas itu Imam
Syafie terkenal sebagai seorang pemanah yang handal.
Imam Syafie pernah mengembara ke Madinah yang mengambil masa
selama 8 hari dengan menaiki unta sambil sempat mengkhatamkan Al-Quran sebanyak
16 kali untuk menemui dan berguru dengan Imam Malik yang ketika itu menjawat
jawatan Mufti Kota Madinah.Imam Syafie belajar dari Imam Malik selama 8 bulan.
Selepas itu Imam Syafie merantau pula ke Iraq untuk belajar dengan
anak murid Imam Hanafi iaitu Imam Muhamad al-Hassan dan Imam Abu Yusof.Beliau
telah menghafal Kitab al-Awsat karangan Imam Hanafi dalam masa 3 hari saja
telah mengejutkan kedua orang gurunya itu kerana biasanya murid-murid mereka
yang lain mengambil masa paling kurang 1 tahun untuk menghafalnya.
Imam Syafie juga belajar ilmu firasat dengan Maulana Arif di
Yaman. Di Yaman beliau berkahwin dengan wanita bernama Hamidah dari keturunan
Khalifah Uthman Bin Affan. Mereka dikurniakan 3 orang anak.
Semasa di Najran, Imam Syafie difitnah oleh Gabenor as-Saud iaitu
Gabenor Najran kononnya Imam Syafie sedang menghasut rakyat untuk memusuhi dan
menjatuhi kerajaan Bani Abbasiyah yang diperintah oleh Khalifah Harun
ar-Rashid. Akibat dari fitnah tersebut Imam Syafie dan anak muridnya telah
ditangkap, tangan dan kaki mereka dirantai .Mereka juga dipaksa berjalan kaki
dari Najran ke Kota Kufah.
Walau bagaimanapun dengan izin Allah swt Imam Syafie terlepas dari
hukuman oleh Khalifah dan orang yang memfitnah mendapat hukuman yang setimpal.
Diantara ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Imam Syafie, yang membuatkan hati
dan jiwa raga Khalifah Harun ar-Rashid terpesona ialah Firman ALLAH swt dari
Surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud :
“Hai orang yang beriman, sekiranya datang kepadamu orang fasiq yang
membawa suatu berita,periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan
suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan
kamu menyesal atas perbuatanmu itu”
Itulah diantara liku-liku perjalanan yang ditempuh oleh Imam
Syafie dalam menuntut ilmu. Banyak lagi guru dan tempat beliau belajar yang
tidak dinyatakan disini. Beliau sangat menyintai ilmu. Pernah suatu masa Imam
Malik memuji beliau dengan berkata :
“Sekiranya ada orang yang bahagia kerana ilmunya, inilah
orangnya!”
sambil merujuk kepada Imam Syafie. Berkaitan dengan kegunaan ilmu
pula Imam Syafie pernah berkata:
“Sesiapa yang mempelajari Quran, besar harga dirinya.Siapa yang
mempelajari hadis, tinggi martabatnya.Siapa yang mempelajari bahasa,lembut
hatinya.Siapa yang mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya dan siapa yang
tidak memelihara dirinya, tidak bererti ilmunya”.
Oleh kerana kecintaan beliau yang begitu mendalam terhadap ilmu,
jadi tidak hairanlah jika Imam Syafie telah menulis 142 buah kitab semasa
hayatnya.
Imam Syafie meninggal dunia selepas waktu isyak, malam jumaat 28
Rejab tahun 204 Hijrah (tahun 820 M) di rumah Abdullah bin Hakam sewaktu
berumur 54 tahun di bumi Mesir. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Bani
Zaharah.
Semasa Abu Ali al-Hasan menjadi perdana menteri Iraq, beliau telah
mengarahkan ketua tentera Mesir Badr bin Abdullah menggali dan memindahkan
kubur Imam Syafie ke Baghdad. Setelah digali mereka menemui batu bata yang
tersusun membentengi liang lahad Imam Syafie. Selepas mereka memecahkan
batu-bata itu, mereka amat terkejut kerana tercium bau yang sangat harum dari
dalam liang lahad itu malah ada beberapa orang dari mereka yang pengsan. Bila
perkara ini diketahui oleh perdana menteri Iraq itu, maka beliau pun
membatalkan terus usaha memindahkan kubur itu. Pada tahun 608 Hijrah, sebuah
Kubah telah dibina .Tidak lama kemudian sebuah masjid didirikan disitu dengan
nama Masjid Imam Syafie. Makam Ulama hebat ini terus dikunjungi orang ramai
hingga kini.
Antara kata-kata menarik Imam Syafie:
1.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan
membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.Ia juga amalan para Nabi, Rasul dan
orang
soleh.
2.Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang
mengandungi racun. Oleh itu hindari ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan
bala tenteranya.
3.Hati adalah Raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia
supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh
iringan-iringan pasukan kebathilan.
[Artikel diatas saya sunting dari buku : Imam Syafie Pejuang
Kebenaran; ditulis oleh Abdul latip Talib]
Dibawah ini saya siarkan 10 pesanan Imam Syafie untuk renungan
kita bersama :
Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak
sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau
menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan
selamat, maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan
makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan
yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi,
membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.
3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah,
jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang
yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata
dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir,
ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat,
wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan
kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan
memperbaiki akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada
qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.
9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat
kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam
beribadah.
10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan,
mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang
maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan
pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari
mereka yang terus
mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya
telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."
~
Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.
Tokoh Muslim37. Kitab al-Himalah wa al-Kafalah38. Kitab al-Himalah wa al-Wakalah wa al-Sharikah39. Kitab al-Iqrar wa al-Mawahib40. Kitab al-Iqrar bi al-Hukm al-Zahir 41. Kitab al-Iqrar al-Akh bi Akhihi42. Kitab al-‘Ariah43. Kitab al-Ghasb44. Kitab al-Shaf’ahg) Di dalam bab Ijarat (Sewa-menyewa) :45. Kitab al-Ijarah46. Kitab al-Ausat fi al-Ijarah47. Kitab al-Kara’ wa al-Ijarat48. Ikhtilaf al-Ajir wa al-Musta’jir 49. Kitab Kara’ al-Ard50. Kara’ al-Dawab51. Kitab al-Muzara’ah52. Kitab al-Musaqah53. Kitab al-Qirad54. Kitab ‘Imarat al-Aradin wa Ihya’ al-Mawath) Di dalam bab ‘Ataya (Hadiah-menghadiah) :55. Kitab al-Mawahib56. Kitab al-Ahbas57. Kitab al-‘Umra wa al-Ruqbai) Di dalam bab Wasaya (Wasiat) :58. Kitab al-Wasiat li al-Warith59. Kitab al-Wasaya fi al-‘Itq60. Kitab Taghyir al-Wasiah61. Kitab Sadaqat al-Hay’an al-Mayyit62. Kitab Wasiyat al-Hamil j) Di dalam bab Faraid dan lain-lain :63. Kitab al-Mawarith64. Kitab al-Wadi’ah65. Kitab al-Luqatah66. Kitab al-Laqitk) Di dalam bab Nikah :67. Kitab al-Ta’rid bi al-Khitbah68. Kitab Tahrim al-Jam’i69. Kitab al-Shighar 70. Kitab al-SadaqImam Syafi’i www.imamsutrisno.blogspot.com 13 Tokoh Muslim71. Kitab al-Walimah72. Kitab al-Qism73. Kitab Ibahat al-Talaq74. Kitab al-Raj’ah75. Kitab al-Khulu’ wa al-Nushuz76. Kitab al-Ila’77. Kitab al-Zihar 78. Kitab al-Li’an79. Kitab al-‘Adad80. Kitab al-Istibra’81. Kitab al-Rada’82. Kitab al-Nafaqatl) Di dalam bab Jirah (Jenayah) :83. Kitab Jirah al-‘Amd84. Kitab Jirah al-Khata’ wa al-Diyat85. Kitab Istidam al-Safinatain86. Al-Jinayat ‘ala al-Janin87. Al-Jinayat ‘ala al-Walad88. Khata’ al-Tabib89. Jinayat al-Mu’allim90. Jinayat al-Baitar wa al-Hujjam91. Kitab al-Qasamah92. Saul al-Fuhlm) Di dalam bab Hudud :93. Kitab al-Hudud94. Kitab al-Qat’u fi al-Sariqah95. Qutta’ al-Tariq96. Sifat al-Nafy97. Kitab al-Murtad al-Kabir 98. Kitab al-Murtad al-Saghir 99. Al-Hukm fi al-Sahir 100. Kitab Qital ahl al-Baghyn) Di dalam bab Siar dan Jihad :101. Kitab al-Jizyah102. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Auza’i103. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Waqidi104. Kitab Qital al-Mushrikin105. Kitab al-Asara wa al-Ghulul106. Kitab al-Sabq wa al-RamyImam Syafi’i www.imamsutrisno.blogspot.com 14 Tokoh Muslim107. Kitab Qasm al-Fai’ wa al-Ghanimaho) Di dalam bab At’imah (Makan-makanan) :108. Kitab al-Ta’am wa al-Sharab109. Kitab al-Dahaya al-Kabir 110. Kitab al-Dahaya al-Saghir 111. Kitab al-Said wa al-Dhabaih112. Kitab Dhabaih Bani Israil113. Kitab al-Ashribahp) Di dalam bab Qadaya (Kehakiman) :114. Kitab Adab al-Qadi115. Kitab al-Shahadat116. Kitab al-Qada’ bi al-Yamin ma’a al-Shahid117. Kitab al-Da’wa wa al-Bayyinat118. Kitab al-Aqdiah119. Kitab al-Aiman wa al-Nudhur q) Di dalam bab ‘Itq (Pembebasan) dan lain-lain :120. Kitab al-‘Itq121. Kitab al-Qur’ah122. Kitab al-Bahirah wa al-Sa’ibah123. Kitab al-Wala’ wa al-Half 124. Kitab al-Wala’ al-Saghir 125. Kitab al-Mudabbir 126. Kitab al-Mukatab127. Kitab ‘Itq Ummahat al-Aulad128. Kitab al-ShurutDi samping kitab-kitab di atas ada lagi kitab-kitab lain yang disenaraikan oleh al-Baihaqi sebagai kitab-kitab usul, tetapi ia juga mengandungi hukum-hukum furu’,seperti :-1. Kitab Ikhtilaf al-Ahadith2. Kitab Jima’ al-Ilm3. Kitab Ibtal al-Istihsan4. Kitan Ahkam al-Qur’an5. Kitab Bayan Fard al-Lah, ‘Azza wa Jalla6. Kitab Sifat al-Amr wa al-Nahy7. Kitab Ikhtilaf Malik wa al-Shafi’i8. Kitab Ikhtilaf al-‘Iraqiyin9. Kitab al-Rad ‘ala Muhammad bin al-HasanImam Syafi’i www.imamsutrisno.blogspot.com 15 Tokoh Muslim10. Kitab ‘Ali wa ‘Abdullah11. Kitab Fada’il QurayshAda sebuah lagi kitab al-Shafi’i yang dihasilkannya dalam Ilmu Fiqah iaitu “al-Mabsut”. Kitab ini diperkenalkan oleh al-Baihaqi dan beliau menamakannyadengan “al-Mukhtasar al-Kabir wa al-Manthurat”, tetapi pada pendapat setengahulama kemungkinan ia adalah kitab “al-Um”.Sumber : http://islam.blogsome.com
Nama sebenarnya ialah Muhamad bin Idris bin Abbas bin UIthman
bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul
Manaf. Ayahnya berasal dari keturunan Quraisy dari bani Mutalib. Ayahnya telah
meninggal dunia ketika imam syafie masih kanak-kanak.
Beliau dilahirkan di kota Gaza palestin pada bulan Rejab tahun
150 hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah
(Imam hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ialah khalifah Abu
Jaafar Al Mansur dari bani Abbasiyah.
Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi
beliau sudah mempelajari al-Quran. Beliau menghafal al-Quran sejak berusia 9
tahun dan pada usia 10 tahun sudah menghafal dan memahami kitab al-muwattak
yang ditulis Imam Malek. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan
bersajak. Ketika berusia 15 tahun beliau sudah mengajar dan memberi fatwa
kepada orang ramai di Masjid al-Haram, kerana kegigihan dan kecerdikan beliau
yang luar biasa, beliau mendapat sanjungan masyarakat.
Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut berkenaan kisah hidup
Imam Syafie. Suka duka dan pahit manis perjuangan dalam menegakkan kebenaran.
Imam Syafie
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||
Riwayat Hidup :
Perjuangan beliau
dalam menuntut ilmu ialah :
Sejak kecil lagi Imam Syafie sudah mempelajari Al-Quran. Beliau telah menghafal Al-Quran ketika berusia 9 thaun. Kemudian beliau pergi ke kampung Banu Huzail untuk mempelajari bahasa dan kesusasteraan Arab, adat istiadat dan kebudayaan murni. Beliau belajar pula ilmu fikah dengan Imam Muslim bin Khalid dan ilmu hadis dengan Safian bin Ainah di Makkah. Ketika berusia 20 tahun beliau pergi ke Madinah berguru dengan Imam Malik. Kemudian beliau pergi ke Iraq untuk menuntut dan menyebarkan ilmu yang dipelajarinya. Beliau terus mengembara hingga ke Parsi, Palestin dan Taman. Imam Syafie membahagikan waktu kepada 3 bahagian :
Disamping mengembara, beliau juga mengajar
ilmu-ilmu yang telah dipelajarinya terutamanya ilmu hadis dari kitab
al-muwwatta'. Beliau akhirnya mengeluarkan fatwa-fatwa yang dinamakan qaul
jadid manakala fatwanya sebelum itu di Iraq dikenali dengan qaul qadim.
Sumbangan beliau kepada masyarakat Islam :
Kelebihan-kelebihan
yang dimiliki :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~
salam...mohon penjelasan utk menerangkan daripada riwayat mana ye sedara rujuk bahawa IMAM Syafie tu pernah berkahwin...maaf...terima kasih..
ReplyDelete