Thursday, 8 November 2012

Kesian – Kemenangan Ditarik Balik Kerana Photoshop


بسم الله الرحمن الرحيم



Seorang jurugambar yang memenangi hadiah berprestij Landscape Photographer di Britain, terpaksa menerima hakikat kemenangan itu ditarik balik selepas dia didapati menggunakan Photoshop untuk merakamkan gambar berkenaan.
Dengan keputusan itu, David Byrne, 43, kehilangan wang tunai sebanyak £10,000 dan anugerah yang diberikan kepadanya.
Dia sebelum itu berjaya mencuri tumpuan juri dengan gambar lanskap yang diambilnya, namun tindakannya yang mengubah suai gambar dengan Photoshop berjaya dikesan oleh jurugambar lain.
Byrne telah memasukkan imej awan dalam gambar tersebut.
Mereka yang tidak gembira dengan kemenangan berkenaan telah membangkitkan isu penipuan itu dalam blog, sebelum ia menjadi perdebatan dalam media sosial.
Bryne yang telah mengambil gambar landskap sejak dua tahun lalu berkata, selepas menang pertandingan itu, dia telah menerima pelbagai emal kecaman daripada jurugambar lain.
“Saya umpama orang buruan. Saya rasa seperti disiasat oleh FBI.
“Beribu-ribu jurugambar dalam kelab jurugambar melakukannya dan ia diterima oleh badan pemantau dunia F.I.A.P asalkan gambar itu memaparkan kerja yang dilakukan oleh jurugambar,’’ katanya.
Bryne berkata, dia memasukkan imej awan selepas imej langit yang dirakamkannya itu kelihatan membosankan.
“Saya tidak rasa saya melakukan sebarang kesalahan. Saya hanya tidak membaca peraturan yang ditetapkan,’’ katanya. – Mynewshub
P/s: Memang sadis kalau macam ni, dah menang tapi hadiah kena tarik balik, tu la lenkali ikutlah peraturan yang ditetapkan..Takde la kena macam ni, tapi apa pun memang kesian..


KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !