About Me Order Site Map Movie

Wednesday, 31 October 2012

Wow...Kisah Cinta Apex, Leuniey Bakal Didramakan!


Wow...Kisah  Cinta Apex, Leuniey Bakal Didramakan!





               



     Baca jangan tak baca :D



KL 27 OKT 2012 : Tahniah Shahril ucapkan buat penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex,23, yang bakal berkahwin Disember depan. Tahniah juga buat Leuniey Natasha kerana berjaya menambat hati Apex yang menjadi kegilaan ramai anak gadis tempatan.
Diharapkan Leuniey dapat menjaga Apex sepenuhnya apabila dia sah bergelar isteri Apex yang sah nanti. Terus-terang, Shahril setuju dengan pendapat yang mengatakan anda berdua memang pasangan yang sama cantik sama padan. Bagai pinang dibelah dua. Tak gitu Mak Jemah?
Apapun, sebaik saja pasangan ini mengumumkan perkahwinannya menerusi pengakuan rasmi pengurus peribadi Apex, khabarnya ada pihak telah berminat untuk menerbitkan sebuah drama pendek khusus mengenai kisah cinta mereka.
Bagaimanapun, cerita ini tidak akan melibatkan Apex dan Leuniey untuk berlakon. Sebaliknya, pihak yang berminat untuk menerbitkan drama ini sedang mengintai pelakon-pelakon tempatan yang boleh melakonkan watak kedua-dua figura ini.
Dalam pada mencari siapakah pelakon yang sesuai, pihak produksi berkenaan masih lagi belum mempunyai kata putus corak perjalanan cerita tersebut. Dengarnya, mereka masih lagi membuat kajian cerita yang perlu diketengahkan serta mampu menarik minat penonton terutama sekali peminat Apex untuk menontonnya.
Sunguhpun begitu, Shahril diberitahu seandainya mereka tidak menjumpai pelakon yang sedia ada untuk melakonkan watak Apex dan Leuniey, berkemungkinan besar pihak produksi tersebut bakal membuat sesi uji bakat tidak lama lagi.
Namun, semuanya masih dalam perancangan kerana watak yang mungkin ada dalam drama pendek ini akan diolah dan ditambah lagi. Selain Apex dan Leuniey, watak-watak yang ada disekeliling Apex dan Leuniey juga akan diwujudkan. Mungkin jua watak Siti Nurhaliza akan ada. Kalau tidak pun Siti akan membuat cameo untuk drama ini.
Adakah watak Mak Jemah atau Shahril kan diwujudkan? Yelah, kami kan peminat setia Apex. Apa sekalipun, Shahril masih belum menerima sebarang pengesahan mengenai drama ini.
Pun begitu, drama ini bakal diterbitkan dengan berdurasi selama 30 minit. Mungkin jua pihak produksi akan menyiarkan di saluran Astro. Berkemungkinan besar, drama ini bakal disiarkan pada hari Apex dan Leuniey dinikahkan.
SHAHRIL : Tetap sokong Apex walaupun sudah berkahwin.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !

Copyright © 2012-2020 All Rights Reserved By Muhammad Shahril