Sunday, 10 May 2020

Latih Diri Untuk Mencuba Pelbagai Benda


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Post yang lepas, boleh baca dekat SINI

P/s : Tlong baca entri ni sampai habis. Banyak ilmu nak dikongsi ni. 😜😝

Hai semua. Kembali lagi kita ye. Hehehe. Jadi, harini aril nak update pasal aril ni banyak cuba benda dkat universiti. Ramai orang kata, kalau masuk universiti untuk belajar je, rugilahh. Gunakan peluang untuk mencuba pelbagai benda. 

Aril rasa, benda yang orang2 luar sana cakap tu, mmg ade betul jugak. Life is not all just about learn something in books, but how you survive during your studies... Practically said, kena join persatuan at least satu lahhh. Pastu, try join kursus2 yang fakulti anjurkan. Contohnya macam kursus pengurusan organisasi (KPO), benda ni sangat penting. Even dkat luar pun, mmg kita akan guna skills ni. Sebabtu orang ckap, softskills is everything bila dah habis belajar nnti. How you survive, how you handle the problems. Tak semua orang akan ada, masa kita memerlukan diorang tu. 

Ehhh jap, iklan jap. 

Jangan serius sangat baca. 😂 hehehe. Nahh tatap muka aril ni. Aril jadi maskot untuk hiburkan semua 😆

Maskot Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM Shah Alam
Maskot Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM Shah Alam

Time dekat uni ni, aril memang cuba semua benda. Dari benda serius kepada benda yang boleh membuatkan orang terhibur. 

Maksud aril dekat sini, aril join bnyak program lahh. Mostly, kalau pergi mana2, confirm jumpa aril la. Hahhaha. 😆😛

Aril join minggu destini siswa, which is, aril kena handle kemasukan pelajar2 baharu dekat uitm ni. Ni sumpah paling best lahh. Dapat tengok muka mak ayah hantar anak masing-masing, semua happy. 😇 Berharap anak berjaya gituuu. Membawa harapan mak ayah. Allahu... 

Aril dapat belajar banyak benda walaupun dari satu program ni. Bayangkan lahh, kalau bnyak lagi program yang kita join. Hehehehhe. 

Btw, pasal maskot tadi, aril jadi maskot untuk fakulti aril semasa Sukan Antara Fakulti. Memang time, aril kena semua orang yg jadi maskot tu. Masing2 dh ade pengalaman jadi. Aril je baru first time. Hahahhaha 😁 Tapi itu tak patahkan semngat aril. Dapat maskot terbaik kot. 😝😎


Dekat sini aril nk tekankan adalah, contohnya kan, bila kita kerja nnti, kita akan jadi ketua untuk sesuatu projek, masa tulahh, kita akan merasai semua benda. Stress kerja, ade orang2 bawah tak buat kerja, orang bawah tak reti nak buat kerja tu, mmg bnyak masalah yang kita akan jumpa. 

So, dekat universiti ni lahh, kita nk latih diri kita dari bawah, bukan sahaja macam mana nk handle masalah tu, tapi nak belajar ilmu2 yang tak boleh belajar dari buku. Orang cakap apa, belajarlah sampai ke negara China. Gituuuuu. Tak  rugi pun klau belajar bnyak benda.

Selain tu juga, masa kita join program ni, kita dapat tambah kenalan, disebalik tambah kenalan tu, kita tak perasan, bahawa kita telah tambah network kita. Mungkin orang yang kita kenal masa di universiti, akan menjadi boss di luar sana nnti. Dekat situ, kita akan dapat sedikit kelebihan sebab dia dah tau, kita boleh buat kerja masa dkat universiti. So, diorang takkan teragak2 untuk amik kita bekerja dengan diorang lagi. Gituuu lahh ceritanya. Apa perkara baik yang kita buat dulu, takkan pernah sia-sia. Percayalahhh..

Okay sampai sini dlu. Nak sahur kejap. Jumpa lagi next post. Baiii. Selamat berpuasa 😇

Wednesday, 6 May 2020

Hidup Aku Sebagai Seorang Pelajar Internship


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Previous punya post tentang aril nak sambung master/ijazah sarjana muda blh baca dekat SINI


Hai semua, jumpa lagi ehh. Okay harini nak update pasal latihan praktikal(internship) tahun lepas. Baru ada masa nak update. Haha. Maklumlahh, acah busy semuanya.

Mungkin post kalini bnyak sikit gambar sebab nak throwback dengan rakan2 sekerja yang peramah lagi baik hati. 

Aril intern dkat sub company top glove dkat area kapar klang/meru tu. Pada mulanya aril macam kna fokus dekat macam mana nk rawat air yang kotor tu jadi bersih, so aril kna jadikan benda tu as object dan perlu diaplikasikan kedalam water filter. 

Kata lainnya, nak buat water filter la ni, macam coway dan cuckoo. Tapi ni jenama baru nk establish. Aril kna convert air paip to kepada air yang lagi bersih tetapi tanpa membuang elektron yang ada dalam air tu. 

 Iklan gambar jap.. Hehe
Ni gambar last day aril dkat company ni. Bersama akak2 lab(QA/QC and production supervisor) 😎 Ehh jap, aril tngah masukkan ape tu dalam poket seluar 😆😂 

Btw, akak yang tinggi tu, dia juara, I Can See Your Voice Malaysia musim ke 2, minggu ke 4. Episod bersama Datin Alyah tu. 

Aril mmg dh tau siapa mng time tu, akak tu dh bgtau siap2 sebelum episod tu ditayangkan. 😁hahaha.dapat lah jugak dengar dia nyanyi dalam lab tu. Nama dia dalam episode tu adalah H2+O=H2O.

Masa episod tu ditayangkan, keesokan harinya, semua officemate/labmate puji suara dia sedap. ahahhaha

Memories last forever..
Gambar sama tapi cara bergambar berlainan. Haha. Freestyle gituuu 😁

Okay sambung cerita tadi..

Untuk pengetahuan semua, elektron sangat baik untuk kita punya kesihatan. Btw, air yang rebus dkat cerek air tu and direct consumed by people, sangatlah tak bagus untuk kesihatan. Cuba bayangkan, bacteria yang tak mati pada suhu mendidih 100 degree celcius tu ? 

Ibarat kita minum air yang ada bacteria. Huhu. Dekat sini, bukan shahril nak promote water filter tapi just nak bagitau kebaikan dan keburukan sikit. Selebihnya, rakan2 blogger/readers blh fikir sendiri mana yang baik untuk kesihatan kita. Hehe.



Bersama pekerja pekerja nepal yang banyak juga tolong aril masa intern. Ada yang tak balik Kathmandu, Nepal tu dah bertahun tahun untuk mencari rezeki dekat negara kita ni. 😓

Sambung cerita jap. Nanti kita payung lagi gambar...

Masuk half of my intern, company aril collaboration dengan Top Glove untuk buat glove jenis baru. Product yang diorang nk guna tu, kena amik dekat company yang aril intern masa tu. So, time ni, aril kena masuk lab untuk test some chemical and bagi dekat diorang. Intern ni ada sisi bagus dia dan ada juga sisi gelap dia.

Tapi dekat sini, aril cerita yang baik2 saja ya. Yang buruk tu, kita jadikan tauladan untuk memperbaiki diri kita dimasa akan datang.


Another picture. 😆


 Another one. Haha. I love camera 😅😆


And i also love food.😍 Last day and dinner with them. Supervisor belanja makan..

Setakat tu je kot untuk entry kali ni. Mungkin next post, aril update pasal sukan tahunan, sukan kolej, pengurusan organisasi, kem minggu destini siswa, dan lain2 dekat uitm tu. Bnyak lagi ni nak bgtau dekat hangpa semua.

Stay tuned ehh guys. Selamat berpuasa. Salam 12 Ramadhan 1441H. Hehe 😇

Tuesday, 5 May 2020

Drama Bukan Gadis Biasa (TV3) 2020


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Terbaru di slot Akasia TV3 drama adaptasi dari novel Bukan Gadis Biasa karya Liza Nur lakonan Ayda Jebat dan Remy Ishak. Terbitan produksi JS Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Jinggo (Azman Yahya).


Pelakon
Ayda Jebat, Remy Ishak, Lia Natalia, Sheila Rusly dan ramai lagi.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4
Episod 5Episod 6Episod 7Episod 8
Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12
Episod 13Episod 14Episod 15Episod 16
Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Episod 21Episod 22Episod 23Episod 24
Episod 25Episod 26Episod 27Episod 28


Saksikan nanti tonton 28 episod drama Bukan Gadis Biasa ini di slot Akasia TV3 pada hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.


Drama Bukan Gadis Biasa lakonan Ayda Jebat dan Remy IshakDrama Bukan Gadis Biasa Full EpisodeDrama Bukan Gadis Biasa Full Episod

KREDIT : KEPALA BERGETAR

Sunday, 3 May 2020

I'm Back feat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


PKP, PKPB, Perintah Kawalan Pergerakan, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat


hi kepada semua pembaca blog shahril ni. Sejak PKP dilaksanakan, i have some time to write something on this blog. Mungkin dah lama shahril tak update post sebab sedikit busy dengan life students. Banyak sngt kerja yang perlu dibuat since shahril dah last year and last sem students. Kelak nnti akan menempuhi alam pekerjaan pulak.

Doakan shahril supaya dipermudahkan segala urusan ye. Semoga cepat dapat kerja. Tahu2 lah kan, sejak PKP ni, ramai yang tak dapat kerja, so peratus nak dapat kerja tu rendah untuk Fresh Grad(Lepasan Ijazah) macam shahril ni. Kalau diberikan rezeki yang lebih, insyaAllah shahril akan sambung master(Ijazah Sarjana Muda). Doakan juga ya.

I will be updating my blog weekly or twice a week since i have to kill my free time. So, whats new on this blogger world? Its been awhile since i update my post so i think there must be something that i miss. Tell my guys.

Want to make sure that my readers still active, can you leave some comments below.

Boleh tak komen apa2 dekat bawah, nak pastikan readers shahril masih active. Hehe. Jangan lupa juga, komen dekat post2 yang lain.

Okayy sampai sini saja untuk post ni. Nanti esok atau lusa, shahril update lagi post baru. Stay safe, stay healthy, stay alert with social distancing.

Selamat berpuasa jugak semua. Bye2 guys.😍