Thursday 24 December 2015

30 KEAJAIBAN SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum





KEAJAIBAN SELAWAT


1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita. 

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

Wednesday 23 December 2015

Pemohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) sesi 2016/2017 - Lepasan SPM/STPM atau Setaraf


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Tarikh dan Pemohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) sesi 2016/2017
Tarikh dan Pemohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) sesi 2016/2017
Lepasan SPM/STPM atau Setaraf


18 Januari 2016 - Permohonan secara online dibuka (Jam 12:00 tengahari)

4 April 2016 - Tarikh tutup pembelian No Pin di BSN (jam 11:45 Malam)

5 April 2016 - Tarikh tutup permohonan (jam 4 Petang)


Tuesday 22 December 2015

Polis Evo 2015 Full Movie


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


POLIS EVO FULL MOVIE DOWNLOAD
Polis EVO (2015)

Tiap2 hari aq dengar kawan2 aq dekat matrik suruh aq tonton MOVIE POLIS EVO ni, aq pun xtau ape lah hebatnya POLIS EVO ni .. anyway for me, kalau nk dibandingkan dengan filem stunt action omputih , mmg kelaut lah FILEM MALAYSIA ni. so, kalau dalam malaysia , aq rating 8.5/10 .. ok lahh kan .. sape2 nk download , boleh tekan button dekat bawah . nk tngok online pun blh ... TEKAN SINI pun blh .

Sunday 15 November 2015

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik (2015)


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik (2015)
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik (2015)

Muzik Muzik 30 telah sampai ke pusingan separuh akhir untk menentukan lagu mana yang layak ke Anugerah Juara Lagu. Berikut adalah senarai 30 lagu yang layak ke separuh akhir.

Thursday 12 November 2015

Blog Berwajah Baru !


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum





hai semua . lama x jumpa kan ? lama x dngar shahril membebel kan ? hihihi . and now, setelah sekian lama menyepi, bukan menyepi ehh, tapi mendiamkan diri . trpksa tahan diri daripada bukak laptop. paham2 je la, budak MATRIK kan ... hahahha . kena struggle sikit . huhuhu


Sunday 8 November 2015

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2015


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2015. Dibawah ini dikongsikan Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2015 untuk setiap kategori drama dan filem yang dicalonkan.
Anugerah Skrin 2015 (ASK), majlis penganugerahan tahunan yang dianjurkan untuk memberi pengiktirafan kepada drama dan filem tempatan. Turut diberi penghargaan adalah para pelakan dan mereka yang disebalik tabir yang telah melakukan yang terbaik.



Siaran Langsung Anugerah Skrin 2015


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Live Streaming Anugerah Skrin 2015. Malam esok, 8 November akan berlangsungnya Anugerah Skrin 2015 (ASK) bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan akan disiarkan secara langsung di TV3.

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2015
Awie dan Fara Fauzana telah dipilih untuk menjadi pengacara Majlis Anugerah Skrin 2015. Anugerah Skrin yang mula dianjurkan sejak tahun 1995 adalah satu acara tahunan yang memberi pengiktirafan kepada drama-drama dan filem-filem tempatan serta para pelakon dan personaliti televisyen.


Friday 25 September 2015

Karnival Kokurikulum Matrikulasi 2015 (KAKOM 2015)


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Alhamdulillah . beberapa minggu yang lalu, KAKOM2015 yang bertempat di KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR(KMS), dengan jayanya di anjurkan dan telah melabuhkan tirainya . Alhamdulillah Kolej Matrikulasi Kelantan(KMKt), iaitu kolej kami telah mendapat tempat ke 11 dari 16 buah kolej . rezeki sampai situ je ... hehehhe . Thniah diucapkan kepada Kolej Matrikulasi Labuan(KML) yang telah berjaya menjadi johan kesuluruhan didalam KAKOM tersebut . anyway , enjoylahh tngok gambar2 kitorang ... hehehhe . Shahril pon ade.. huhuhu. gambar selebihnya , blh check dekat instagram . hashtag #KAKOM2015


Happy Eidul Al-Adha 2015/1436H


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


sekian lama , blog ku sunyi, sekarang kembali menyusul . sorry la kawan2 , xde masa nk update blog ,.. busy yo . Study lagi*ni poyo .. hhhaha. busy dngan hal dunia , sampai alam maya pun ditinggalkan .. huhuhu . anyway , shahril nak mengucapkan selamat hari raya aidiladha 1436H ... Jangan makan bnyak sngat daging lembu, nnti darah pun naik ... dah naik susah nk turun na . so, cheq nk habaq mai, bawak2 besabar kalau makan daging yaa . hhahahah . bye ..


Wednesday 22 July 2015

Rancangan Menarik Sepanjang Syawal 2015 Di TV9


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya

Kepada peminat-peminat setia TV9 jangan lupa untuk teruskan menonton drama, telemovie dan rancangan-rancangan yang menarik sepanjang Syawal ini.



KITA PUNYA RAYA

Khamis, 16 Julai 2015
10.00-11.30 Malam
 







KASI GEGAR RAYA

Jumaat, 17 Julai 2015
8.30-9.30 Malam








GALAKSI RAYA

Jumaat, 17 Julai 2015
9.30-10.30 Malam








LARI MISIS MR. X

Sabtu, 18 Julai 2015
8.30-9.30 Malam








BUSKESTRA

Sabtu, 18 Julai 2015
9.30-10.30 Malam








PROJEK M.E.J.A EDISI KHAS

Ahad, 19 Julai 2015
9.30-10.30 Malam








HIP TV RAYA

Ahad, 19 Julai 2015
8.30-9.30 Malam








DIVA RAYA

Rabu, 22 Julai 2015
11.00-12.00 Malam








PI SANA PI SINI P.RAMLEE

Sabtu, 25 Julai 2015
10.30-11.30 Malam








THE SOUND OF MUSLIM

Sabtu, 18 Julai 2015
7.00-8.00 Malam



 TANYALAH USTAZAH ( CINTANYA INSAN) RAYA

Jumaat, 17 Julai 2015
11.30-12.30 Tengahari






SIS RAYA

Jumaat, 17 Julai 2015
7.00-7.30 Malam
 





HIJAB STAILISTA RAYA

Jumaat, 17 Julai 2015
7.30-8.00 Malam








RAMADAN BERTEDUH SYAWAL

Jumaat, 17 Julai 2015
12.30-2.30 Petang



 Sinopsis

Sebuah kisah sedih tentang nasib seorang anak angkat yang kehilangan ibu bapa angkat yang diserahkan semula kepada keluarga kandungnya. Namun, ibu kandungnya sendiri tidak mahu menerimanya semula. Sara (berusia 6 tahun) tidak pernah mengenali keluarga kandungnya sejak dilahirkan di dunia. Namun, Sara diserahkan semula kepada keluarga kandung yang tinggal di perkampungan setelah ketiadaan kedua ibubapa angkatnya.

Sara tinggal bersama Nek Kiah apabila ibu kandung Sara menganggap Sara sudah tidak wujud  dalam kamus hidupnya. Sepanjang bulan Ramadhan, Sara menumpang teduh di rumah usang Nek Kiah sehingga syawal menjelma, namun kemunculan semula ibu bapa angkat Sara membuatkan Nek Kiah berasa kehilangan.

Pelakon : Beto Kusyairy Sari Yanti, Zahiril Adzim, Azri Iskandar, Azza Suaymi, Ku Faridah, Adik Puteri Luvvna, Harun Hashim, Mak Jah




JOYAH TAK BALIK MALAM RAYA

Sabtu, 18 Julai 2015
12.30-2.30 Petang


Sinopsis

Joyah "hilang" pada malam raya setelah merajuk kerana Syak, Daud dan Dottie tidak jalankan tugas untuk persiapan raya esok. Ke manakah Joyah mneghilang? Pelbagai spekulasi timbul. Akhirnya Daud, Syak dan Dottie merumuskan bahawa Joyah menuju ke hutan dan sesat di sana. Malangnya, mereka bertiga pula sesat dan berhari raya di hutan. Ke manakah Joyah menghilang tak balik malam raya? 

Pelakon : Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Bell Ngasri, Dottie, Faye Kusairi



P/S: Selamat menonton & Selamat Berhari Raya

Rancangan Menarik Sepanjang Syawal 2015 di TV3


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin :) Salam 5 Syawal. 
Kepada peminat-peminat setia TV3 jangan lupa untuk teruskan menonton drama, telemovie dan rancangan-rancangan yang menarik sepanjang Syawal ini.

MEH! RAYA MEH!
Jumaat, 17 Julai 2015
4.00-5.00 Petang
 Di hoskan oleh : Fara Fauzana & Sharnaaz Ahmad
Selebriti : Tomok, Asfan, Elizad, Izzue Islam, Aisya Hasnaa, Kaka Azraff





DAPUR PANAS VS 5 RENCAH 5 RASA

Jumaat, 17 Julai 2015
5.00-6.00 Petang

 Pertempuran hebat untuk mendapatkan gelaran chef terbaik di antara dua chef terkenal iaitu Chef Fikree dan Chef Sherson. Mereka perlu memasak hidangan yang paling sukar yang pernah mereka masak seumur hidup mereka. Menariknya, kejayaan mereka akan bergantung pada selebriti jemputan yang akan membantu mereka di dapurtanpa pengetahuan mereka. Ironinya, selebriti jemputan, Zahirah McWilson dan Noni Nadhirah yang lansung tidak tahu masak.





EDISI KHAS - NEGERI SEMBILAN VS KELANTAN

Jumaat, 17 Julai 2015
11.00-12.00 Malam


 Saksikan pertempuran hebat selebriti seperti Izzue Islam, Iwere, Waris, Ebby Yus dan juga peserta Bintang Mencari Bintang (BMB) berentap menyanyikan lagu-lagu secara rap dan membuat lawak mengenai isu semasa mengikut loghat Negeri Sembilan dan Kelantan untuk memenangi pertandingan ini.





YE KE?! RAYA

Sabtu, 18 Julai 2015
4.00-5.00 Petang


Hos : Ogy Ahmad Daud & AG HotFM

Selebriti : Dato' Malek Noor, Kamal Adli, Nomad, Ajai, Zoey Rahman, Amaris & Wak Doyok





ANUGERAH JUARA LAGI (A.J.L)

Sabtu, 18 Julai 2015
5.00-6.00 Petang

 Pernahkan anda membayangkan anugerah muzik paling hebat di Malaysia. Anugerah Juara Lagu (AJL) dijadikan bahan parodi? Anugerah Juara Lagi akan membuat parodi dengan pilihan persembahan terhebat dalam sejarah oleh pelawak terkenal seperti Abam, Jihan Muse, Ain Sufia, Achey dan Ammar.

Antara persembahan yang akan dijadikan parodi ialah Jamal Abdillah (Senandung Semalam), Ramlah Ram (Kau Kunci Cintamu Di Dalam Hatiku), Siti Nurhalizah (Jerat Percintaan), Faizal Tahir (Sampai Syurga, Karma & Hanyut), Noraniza Idris (Dikir Puteri) & Sudirman (Merisik Khabar).

Hos : Ammar, Isey, Amyza Adnan & Fizie HotFM





MELODI RAYA

Ahad, 19 Julai 2015
12.30-1.30 Petang

 Melodi Raya kali ini ingin memberi penghargaan dan penganugerahan untuk artis-artis  yang dibuat secara online. Sebanyak 7 kategori dipertandingkan iaitu Artis Dinamik, Pasangan Pujaan, Artis Wanita Pilihan, Artis Lelaki Pilihan, Artis Sensasi, Personaliti Online & Anugerah Khas.

Berlainan dengan rancangan anugerah yang sedia ada, uniknya Melodi Raya akan menyerahkan anugerah yang dimenangi terus ke rumah pemenang.

Hos : Awal Ashaari





IN PERSON

Sabtu, 18 Julai 2015
12.00-12.30 Tengahari

Selebriti : Safiq Rahim, Shila Amzah, Fasha Sandha, Shaheizy Sam





GELAK BISTRO

Jumaat, 24 Julai 2015
9.00-10.00 Malam






MENTOR LEGEND RAYA

Ahad, 26 Julai 2015
9.00-10.00 Malam

 Berhibur dengan persembahan nyayian para protege dan juga mentor mereka daripada Mentor Legend sempena lebaran ini. Saksikan juga gelagat mereka menyakat pasukan lawan masing-masing untuk memenangi permainan yang disediakan peleh pihak produksi.

Protege : Azmil, Fahmi, Aina, Sarah, Tuah dan Nadeera

Mentor : Ella, Dayang Nurfaizah dan Ajai

Hos : Awal Ashaari 





MENJADI DIRIKU AZMIL

Ahad, 26 Julai 2015
6.00-7.00 Malam







KETUPAT LEMANG

Jumaat, 17 Julai 2015
10.00-12.00 tengahari

Sinopsis

Sebuah telemovie berkisahkan tentang kemaafan. Mengisahkan 3 generasi yang berlainan, 3 perspektif berbeza dan 3 kepercayaan berbeza. Sebuah teleraya tentang kemaafan, penerimaan dan penyesuaian diri.

Pelakon : Faradhiya, Johan As'ari,  Zaidi Omar, Dian P.Ramlee, Adik Eunous Madeonus, Adik Wafiy





PELITA PANJUT UNTUK MERTUA

Jumaat, 17 Julai 2015
2.00-4.00 Petang

 Sinopsis

Mengisahkan Azudin dan Aleeya yang sudah berkahwin namun kedua ibu mereka iaitu Puan Zaleha dan Puan Fatimah sering bermasam muka, seperti ada yang tidak kena dengan masing-masing. Azudin dan Aleeya mendapat idea untuk cuba bermasam muka. Ternyata, kejadian itu membuatkan Puan Zaleha dan Puan Fatimah curiga.

Mereka mula mezahirkan kebimbangan di atas sikap anak-anak mereka. Dan mereka sedaya upaya akan mencari jalan untuk memulihkan hubungan Leeya dan Azudin walau apa cara sekalipun

Pelakon : Dayana Roza, Fattah Amin, Liza Abdullah, Delimawati





JODOH KE UOLLS

Jumaat, 17 Julai 2015
9.00-11.00 Malam

Sinopsis

Memaparkan dua pasangan popular daripada drama bersiri Slo Aksia, apakah yang bakap terjadi apabila pasangan dari Kerana Terpaksa Aku Relakan, Tajul Razin dan Indah Halina bertemu Tengku Zaril dan Yuhanis dari Hati Perempuan?

Masihkah Indah Harlina ditakdirkan bersama Abang Zen ataupun hatinya bakal dimiliki oleh Tengku Zaril? Bagaimana pula dengan kemelut cinta antara Yuhanis, Tajul Razin dan Tengku Zaril?

Pelakon : Amar Baharin, Izreen Azminda, Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Nadzmi Adhwa




SEBELUM TAKBIR BERGEMA

Sabtu, 18 Julai 2015
9.00-11.00 Malam

 Sinopsis

Perebutan cinta seorang gadis, membuatkan Aidil berdendam kepada adiknya Akhbar. Kedua-duanya jatuh cinta kepada Asmira, gadis manis yang ibarat sekuntum bunga harum di kampung itu. Tanpa mengetahui hubungan Akhbar dengan Asmira, Aidil menyulam impian ingin membina istana bahagia. Asmira terperangkap dengan cinta Aidil dan penyakit Autisme yang dihidapai Aidil.

Pelakon : Shahz Jazle, Amar Asyraf, Siti Elizad, Wan Raja, Aripah Damanhuri, Roslan Salleh.





ABANG SADO KAU ADO?

Ahad, 19 Julai 2015
9.00-10.00 Malam

 Sinopsis

Mengenai seorang remaja kampung bernama Miskiah, yang merupakan seorang nelayan sungai. Miskiah sangat meminati artis popular yang berbadan tegap iaitu Sharnaaz Ahmad dan menggunakan media sosial untuk memasuki pertandinagn di mana hadiah utama berupa peluang berhari Raya bersama  Sharnaaz Ahmad. Biarpun Miskiah dikutuk oleh oleh kerana obsesinya itu, namun, gadis tersebut yakin dia akan memenangi pertandingan tersebut dan impiannya untuk bertemu Sharnaaz Ahmad akhirnya menjadi realiti.

Pelakon : Adiba Yunus, Sharnaaz Ahmad, Shiha Mentor, Idris Khan, Dottie, Amyza Adnan, Afzan, Izara Aishah





RUMAH KECIL UNTUK TUHAN

Isnin, 20 Julai 2015
9.30-11.30 Pagi

 Sinopsis

Kisah Umar, seorang anak kecil yang dahagakan kasih sayang seorang ibu dan ayah dek kerana asyik berbalah untuk mengisi ruang kecil di rumah mereka dengan koleksi barang masing-masing. Umar menggunkan ruang tersebut untuk menyendiri dan beribadah sementara ibu dan ayahnya, Razman dan Safia tidak endahkannya.

Pelakon : Nad Zainal, Fezrul Khan, Adik Izz Ilham, Jalil Hamid, Wan Maimunah






HOMESTAY RAYA

Selasa, 21 Julai 2015
9.30-11.30 Pagi

 Sinopsis

Mak Jemah (50-60an) yang berasa sunyi kerana ketiga-tiga anaknya tidak dapat pulang berhari raya telah menjadikan bilik-bilik di rumahnya itu sebagai homestay untuk anak-anak orang kampung yang pulang daripada bandar.

Malang tidak berbau apabila dua orang lelaki yang terlepas daripada rumah sakit jiwa yang menginap di homestay itu telah membuat kacau sehingga riuh sekampung. Kejadian tersebut menyebabkan anak Mak Jemah terpaksa pulang ke kampung.

 Pelakon : Ruminah Sidek, Fizz Fairuz, Izreen Azminda, Achong Sweetchild, Ku Faridah, Isey Titan, Adam Shah





GEROBOK RAYA

Sabtu, 25 Julai 2015
9.00-11.00 Malam

 Sinopsis

Mengisahkan Zah dan Muhsim yang kehilangan anak tunggalnya yang bernama Fatiyah ketika berusia 9 tahun. Bermula apabila Fatiyah keluar untuk ke kedai. Dia masih tidak muncul selama 10 tahun. Rami yang simpati dan ramai yang mengatakan Zah gila kerana setiap Hari Raya, Zah akan menjahir baju kurung berwarna merah atau biru untuk Fatiyah dan disimpan di dalam gerobok mereka. Suatu hari, heboh tentang berita penemuan tulang kanak-kanak di sebuah tangki air dan orang kampung mengesyaki ia adalah mayat Fatiyah.

Pelakon : Eja, Zamarul Hisyam, Shukri Yahaya, Adik Khairisya, Zarina Zainordin



 P/S : Jangan lupa saksikan semua rancangan ini sepanjang Syawal ini hanya di TV3