Tuesday, 19 May 2015
Sunday, 17 May 2015
Siaran Langsung Final Badminton Piala Sudirman China VS Jepun - 17 Mei 2015 Di Astro
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Siaran Langsung Final Badminton Piala Sudirman China VS Jepun - 17 Mei 2015 Di Astro | CHINA BURU GELARAN KE-10
Keputusan semasa : China 0-0 Jepun
China menepati ramalan layak ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2015. Selaku tuan rumah, China bakal memburu gelaran ke-10 dan ke-6 berturut dalam sejarah. Mereka melepasi halangan dengan mengetepikan cabaran pasukan Germany dan Indonesia. Lawan mereka difinal nanti merupakan pasukan Jepun yang menunjukkan peningkatan sejak menjuarai Piala Thomas 2014.
China ketika itu diaibkan Jepun dalam saingan separuh akhir dengan keputusan 3-0. Walaupun Piala Thomas hanya melibatkan pemain lelaki dan berbeza dengan format berpasukan Piala Sudirman, sudah pasti luka tersebut masih dirasai. Pentas petang ini bakal menjadi medan bagi China untuk mempamerkan kekuatan sebenar.
Jepun mengejutkan Korea Selatan yang menjadi naib juara dalam edisi sebelum ini. Perlawanan yang berlangsung lebih 4 jam itu berakhir dengan keputusan 3-2 memihak kepada negara matahari terbit itu. Jepun mungkin bukan pasukan pilihan kerana mereka buat pertama kali layak ke perlawanan akhirPiala Sudirman. Namun China harus berhati-hati dan memberi sepenuh tumpuan supaya trofi Piala Sudirman kekal menjadi milik mereka.
Siaran Langsung Perlawanan Akhir Piala Sudirman 2015
China vs Japan
17 Mei 2015 (Ahad)
2.00 pm waktu Malaysia
Live @ Astro Supersport 4 (817) Astro Arena (801)
Selamat Hari Guru - Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
SMS VERSI 1
Adakala..
Kita dicaci,
Kita dimusuhi, kita tidak dihargai,
Tapi..
Kita kan tetap tersenyum walaupun dalam pilu,
Kita kan tetap melangkah biarpun hampir rebah,
Kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar meskipun hati tercalar dan maruah tercabar,
‘SELAMAT HARI GURU’
**(sms di kalangan sesama guru.)
SMS VERSI 2
Guru oh guru..
Bila murid duduk.. Cikgu berdiri..
Bila murid diseligi.. Cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7 siri.. Cikgu datang naik Myvi..
Murid dah dewasa jadi YB, Cikgu tetap begini..
Namun begitu.., Di dunia cikgu berbakti,
Moga di akhirat, syurga tempat cikgu kekal abadi..
‘SELAMAT HARI GURU’
SMS VERSI 3
Mak cakap cikgu macam MAGGI,
Makanan rutin di waktu susah..
Ayah cakap cikgu macam D SEEKERS,
Garang dan menakutkan..
Atuk cakap cikgu macam ASTRO,
Macam-macam ada..
Tapi saya cakap cikgu macam LOREAL,
Kerana dirimu begitu berharga..
SELAMAT HARI GURU.
SMS VERSI 4
Guru..
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra,
Dalam diam ada bijaksana,
Dalam tangannya, kita terbina,
SELAMAT HARI GURU.. Moga ceria, sukses & dilindungiNYA
SMS VERSI 5
Macam mana nak kenal guru?
Garang orangnya, itulah guru disiplin..
Penyayang orangnya, itulah guru prasekolah..
Sabar orangnya, itulah guru pendidikan khas..
Sentiasa cool & tak pernah marah, itulah guru kaunseling..
Petah berucap, itulah guru besar..
Pelik orangnya, itulah guru pendidikan seni..
Gelap orangnya, itulah guru pendidikan jasmani..
Warak orangnya, itulah guru agama..
Sopan orangnya, itulah guru pendidikan sivik..
Berbahasa orangnya, itulah guru Bahasa Malaysia..
Berseni bahasanya, itulah guru sastera..
Walau siapa pun dia.. dia tetap berjasa..
SELAMAT HARI GURU..
SMS VERSI 6
Dulu, murid hormat & takut guru..
Kini, guru takut murid.
Dulu, guru chalk n talk,
Kini, guru kena slow talk.
Dulu, guru boleh claim,
Kini, guru tak boleh complain.
Dulu, Hari Guru dapat wang saku,
Kini, Hari Guru dapat ‘penyapu’ ( kena gotong-royong)
SELAMAT HARI GURU
__________________________________________________________
TEMA HARI GURU
2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
Thursday, 14 May 2015
Wednesday, 13 May 2015
Keputusan Undian Bolasepak Sukan SEA 2015
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Keputusan Undian Bolasepak Sukan SEA 2015. Acara bolasepak Sukan Sea telah pun membuat undian dimana acara ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Seperti semua sedia maklum, acara bolasepak dikhususkan kepada pemain bawah 23 tahun. Pasukan Malaysia atau Harimau Muda akan dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee.
11 negara akan menyertai acara bolasepak Sukan Sea 2015. Berikut adalah keputusan undian bolasepak yang telah berlangsung di Auditorium SportsSG, Hab Sukan Singapura.
Kumpulan A
Singapura
Indonesia
Myanmar
Kemboja
Filipina
Kumpulan B
Thailand
Vietnam
Malaysia
Laos
Brunai
Timor Leste
Untuk rekod Malaysia menang pingat emas Sukan Sea 2009 dan 2011 dan pulang tangan kosong edisi 2013.
SUMBER - MYSENSASI
Keputusan Terkini Badminton Malaysia Vs India 11 Mei 2015 Sudirman Cup
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Berikut adalah jadual dan keputusan terkini perlawanan badminton di antara Malaysia dan India, 11 Mei 2015, Sudirman Cup 2015. Live streaming perlawanan boleh diikuti di Malaysia vs India 2015 :-
Keputusan Terkini Malaysia Vs India Piala Sudirman 11 Mei 2015
India vs Malaysia : 2 - 3
* bermula jam 700 malam
Beregu Lelaki
Manu Attri & Sumeeth Reddy B. 15 16
Goh V Shem & Tan Wee Kiong 21 21
Single Wanita
Saina Nehwal 24 21
Tee Jing Yi 22 13
Single Lelaki
Srikanth Kidambi 16 15
Lee Chong Wei 21 21
Beregu Wanita
Jwala Gutta & Ashwini Ponnappa 21 19 21
Vivian Kah Mun Hoo & Woon Khe Wei 18 21 15
Beregu Campuran
Sikki Reddy N. & Arun Vishnu 14 18
Chan Peng Soon & Goh Liu Ying 21 21
Hasil kemenangan ini, skuad Malaysia bakal berdepan cabaran naib juara Kumpulan B yang akan ditentukan antara Jepun atau Taiwan pada perlawanan terakhir kumpulan itu, esok.
Keputusan perlawanan lain yang berlangsung hari ini adalah seperti berikut :-
Chinese Taipei vs Russia : 4 - 1
Thailand vs Germany : 2 - 3
Indonesia vs England : 3 - 2
Keputusan JDT Vs Balestier Khalsa AFC Cup
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Keputusan JDT Vs Balestier Khalsa 12 Mei 2015 AFC Cup. Perlawanan terakhir peringkat Kumpulan F, AFC Cup 2015 akan menentukan samada JDT layak menjadi juara kumpulan atau tidak. Perlawanan lain di kumpulan sama adalah di antara Kitchee FC vs East Bengal FC di Hong Kong.
Berikut adalah informasi dan keputusan terkini perlawanan JDT vs Balestier Khalsa 12 Mei 2015 845 malam. Live streaming di TV9 :-
JDT 3 vs 0 Balestier Khalsa
Safee Sali min 75, Safiq Rahim min 85 & Luciano Fiqueroa min 89
Kitchee FC 2 VS 2 East Bengal FC
2015 AFC CUP - GROUP F
Kesebelasan pemain
JDT: Farizal Marlias, Asraruddin Putra Omar, Marcos Antonio, Safiq Rahim (C), S. Kunanlan, Hariss Harun, Shakir Shaari, Amri Yahyah, Luciano Figueroa, S. Chanturu, Fadhli Shas
BALESTIER: Zaiful Nizam Abdullah (C), Hanafi Mohamed Salleh, Igor Cerina, Nurullah Mohamed Hussein, Zulkiffli Hassim, Muhammad Ridwan Jamil, Miroslav Kristic, Jonathan Xu Weihua, Ignatius Ang Yu Heng, Ahmad Syahir Sahimi, Afiq Tan
Carta Kedudukan Terakhir Kumpulan F, AFC Cup 2015
Panduan Pelajar dalam Membuat Pilihan Jurusan yang Betul
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Assalamualaikum
Shahril nak share information ini dengan kawan2 shahril yang akan apply IPTA selepas dapat result SPM dan STPM. Panduan nie lebih sesuai utk ijazah, tetapi boleh juga aplikasi untuk diploma .
a. Kenali diri sendiri dahulu
Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pelajar, ini adalah perkara yang paling penting untuk difikirkan. Adakah anda benar-benar mengenali diri anda ? Perkara ini benar-benar penting bukan sahaja untuk pemilihan kursus semasa dan selepas SPM, tetapi juga untuk anda menjalani kehidupan yang banyak menduga dan penuh cabaran.
Anda perlu sedar yang anda bukan lagi pelajar sekolah rendah. Anda sudah hampir dewasa dan perlu mengawasi sendiri setiap gerak-geri keputusan anda. Kematangan perlu diasah dan anda perlu pandai berdikari. Asasnya, anda perlu sedar di mana kekuatan anda, dan di mana kelemahan anda. Anda juga perlu singkap perkara-perkara yang anda minati dan sukai untuk dikaitkan dalam pemilihan kursus dan karier. Know what you want and know what you need. Ini perkara serius melibatkan masa depan anda.
b. Mengenai minat dan kebolehan
Satu perkara yang tidak patut dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah mengikut trend/flow dalam pemilihan karier dan kursus. Ini kerana minat dan kebolehan anda dengan orang lain tidak sama. Setiap individual mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan karakter yang berbeza-beza.Anda mungkin mahu menyenaraikan segala karier yang bersesuaian denagn minat dan kemahiran anda. Kemudian, mendapatkan maklumat mengenai karier-karier tersebut. Dari situ, anda mungkin dapat menapis beberapa karier yang tidak sesuai dengan kemahuan dan keutamaan anda. Contohnya, anda mungkin meminati kursus perubatan, tetapi tempoh pengajiannya terlalu lama bagi anda, dan anda tidak pandai berkomunikasi dengan orang awam. Oleh itu, kursus ini mungkin tidak sesuai dengan anda.
Pada sesetengah pelajar, pemilihan kursus mungkin tidak menjadi masalah kepada mereka. Tetapi, untuk sesetengah pelajar yang lain, proses ini masih tidak memberikan keputusan yang jelas kerana terlampau banyak kursus dan karier yang mereka minati. Mungkin anda boleh mengambil beberapa kursus sekaligus, jika anda mampu dari segi kewangan dan bermotivasi tinggi. Tetapi, jika tidak, perkara ini akan menjadi sulit kerana berkemungkinan besar di sinilah akan bermulanya pengaruh ibubapa dan kawan-kawan.
Sesetengah sekolah seperti saya di MRSM dulu, menjalankan ujian inventori yang pada asasnya menilai apa kesukaan anda, apa yang anda tidak sukai dan perkara-perkara yang anda mahir dan tidak. Daripada kepututusan ujian tersebut, pelajar-pelajar boleh nampak kecenderungan mereka di dalam sesuatu bidang. Oleh itu, ujian ini sangat baik untuk anda jika anda masih keliru denagn pemilihan kursus.
c. Membuat keputusan berdasarkan tingkatan gaji di dalam karier
Sesetengah pelajar juga tidak perlu membuat pilihan kursus berdasarkan minat, dan hanya memandang kepada kemewahan daripada karier yang akan diceburi. Ini mungkin berkesan kepada mereka kerana tangga gaji yang tinggi boleh menaikkan motivasi dan semangat mereka untuk berjaya di dalam pelajaran.
Tetapi, anda perlu menilai juga sama ada anda layak untuk ke kursus tersebut berdasarkan kemahiran anda. Jika anda tidak layak atau tidak mempunyai sebarang kemahiran yang diperlukan dalam kursus itu, mungkin isu gaji perlu ditolak ke tepi dahulu.
d. Percayakan diri sendiri
Ramai pelajar tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk memajukan diri lebih jauh. Anda perlu percayakan diri anda dan kebolehan anda kerana ini adalah salah satu proses mengenali diri sendiri, dan apabila anda kenal akan diri sendiri, self-esteem anda akan meningkat secara automatik.
Jika anda mempunyai pegangan yang teguh dan tidak berubah-ubah, anda pasti akan berjaya dalam apa jua yang anda lakukan. Ibubapa mungkin akan meragui akan pilihan anda dan memberikan nasihat yang patut anda ambil kira. Selepas itu, jika anda masih percaya yang pilihan anda adalah pilihan yang tepat, mungkin anda patut berbincang lebih mendalam dengan ibubapa anda mengenai pilihan anda.
e. Berbincang dengan ibubapa dan kaunselor.
Mendapatkan pandangan ibubapa adalah langkah yang bijak, tetapi awas! Kerana sesetengah ibubapa mungkin menilai pemilihan kerjaya dan mengaitkannya dengan wang. Walaupun mereka hanya ingin membantu, sesetengah dari mereka mungkin secara tidak sedar mempengaruhi anda untuk memilih kerjaya yang memberikan wang dan prestij yang lebih kerana mereka sudah biasa mengaitkan wang dengan hidup yang gembira dan senang. Dan pilihan mereka mungkin tidak sama dengan pilihan anda.
Akibatnya, anda mungkin akan menjadi keliru. Inilah masanya anda mendapatkan nasihat orang luar yang profesional seperti kaunselor-kaunselor kerjaya dan guru-guru. Mereka boleh dijadikan sumber maklumat mengenai kerjaya pilihan anda, dan memberikan nasihat yang tidak bias dalam pemilihan kursus tersebut.
f. Ambil masa untuk berfikir
Pelajar-pelajar patut mengambil masa untuk berfikir mengenai pilihan-pilihan kursus yang telah dibuat.
Antara perkara-perkara yang patut difikirkan untuk kerjaya adalah seperti:
-status gaji dalam kerjaya yang bakal diceburi
-peluang pekerjaan
-kemahiran yang diperlukan
-tangga kerjaya (peluang naik pangkat)
-kelayakan akademik
-jenis pekerjaan yang berpotensi dan apa tugas-tugasnya
-sama ada memenuhi keperluan/kemahuan diri
-kesesuaian persekitaran tempat kerja
-masa bekerja yang sanggup dikorbankan
-kemampuan diri sendiri dlm scope dgn subjek yang agak mencabar
g. Akhir sekali, ambil langkah ke arah pilihan kursus
Apabila anda sudah pasti dengan pilihan anda, ambillah langkah seterusnya untuk memasuki kursus tersebut, contohnya seperti mengisi borang dengan betul dan bagi seorang Muslim, bersolatlah Istikharaah dan bertawakal kepada Tuhan atas pilihan yang dibuat.
(UTK PELAJAR LEPASAN SPM): Jika anda masih lagi ragu-ragu dan keliru mengenai pemilihan kursus di universiti, anda mungkin mahu mengambil kursus-kursus minor yang diminati dahulu yang merangkumi prinsip-prinsip asas sebelum anda memilih kursus major. Dengan cara ini, anda mempunyai lebih masa untuk membuat pilihan dan mungkin melalui kursus-kursus minor yang anda pilih dapat membuka minda anda untuk membuat keputusan.
TIPS PALING UTAMA: Banyakkan solat istikharah dan yakin akan ketentuan ALLAH swt. Mendekati ALLAH adalah sebaik2 jln dalam apa jua penyelesaian. Percayalah.
UNTUK MAKLUMAT YANG LEBIH MENDALAM,DIHARAP IBU BAPA DAN PELAJAR-PELAJAR DAPAT MENANTIKAN E-BUKU @ E-BOOK CIKGU (^-^)
PELABURAN YANG BERBALOI UNTUK MASA DEPAN ANDA!
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA BINGUNG KE MANA ARAH TUJU SELEPAS SPM!
SELAMAT SEMUA YEA,SAMA-SAMA KITA BERDOA UNTUK KEPUTUSAN SPM YANG TELAH KITA SELESAI JALANI INI >.
Wallahua'lam.
Sumber - Internet