بسم الله الرحمن الرحيم
Galaxy S6 merupakan telefon pintar terbaru daripada Samsung, dilengkapi dengan rekaan bingkai berasaskan logam, dan kerangka berasaskan kaca. Ia turut menggunakan cip pemprosesan Exynos terkinil, paparan Quad HD, kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.
Harga jualannya juga masih tidak diketahui buat masa ini, memandangkan pada tempoh tersebut negara kita akan memulakan implementasi GST. Samsung turut mengatakan mereka akan membawa masuk Galaxy S6 Edge pada masa yang lebih kurang sama seperti Galaxy S6 untuk pasaran tempatan.
Sejak pelancarannya pada Februari lalu, ramai peminat Samsung sudah tidak sabar menantikan produk terbaharu keluarannya iaitu Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge. Kedua-dua telefon pintar ini akan dibawa masuk ke Malaysia secara serentak pada bulan April ini.
Belum ada lagi harga rasmi yang diumumkan, tetapi memandangkan ia dilancarkan pada pasca pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST), harga saranan berkemungkinan melangkaui RM2399 iaitu sama seperti Galaxy S5 tahun lalu.
yup btol tuu . x lama nanti ade la phone baru kluar , cepat je arus teknologi ni, naik macam air kan ? hehehhe
ReplyDeletesony tetap di hati . hehee
ReplyDeleteheheheh . sony ke Xperia ?
DeleteMahal :'(
ReplyDeletehttp://matalensajemariberceloteh.blogspot.com/2015/03/job-party-birthday-ruby.html