بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya.
Tahun lepas melonjakkan nama pelakon Ayda Jebat dan Zul Ariffin melalui drama bersiri Rindu Awak 200 Peratus.
Ayda Jebat membuat pengakuan berani mati terhadap Zul Ariffin! Ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat masing-masing.
Tapi jangan cepat salah sangka, Ayda bukan sukakan Zul sehingga nak jadi kekasih aktor itu sebaliknya dia menyatakan hanya sukakan Zul tak lebih daripada rakan artis.
Katanya, “Ya… saya menyukai Zul Ariffin. Siapa tidak suka jejaka macho sepertinya dan saya yakin semua wanita menaruh hati padanya. Bagaimanapun, hubungan kami tidak lebih sebagai rakan sekerja.
“Lagipun, semua sedia maklum Zul sudah memiliki kekasih hati. Jadi saya tidak mahu pihak di sana terasa hati apabila kami terus dikaitkan. Bagi saya, tiada isu perampas kerana saya tidak pernah mengelak apabila terserempak dengan kekasihnya (Gayatri Su-Lin Pillai),” kata Ayda.
Gosip antara Ayda dan Zul dikatakan bertebaran selepas ramai peminat tegar Rindu Awak 200 Peratus mengharapkan mereka benar-benar bercinta selain banyak gambar-gambar membayangkan kemesraan antara dua pelakon ini tersebar.
Kesian dengan Ayda, tak pasal-pasal dia dikaitkan dengan isu nak rampas kekasih orang.
Bertabahlah dengan permainan gosip yang sememangnya dah sebati dengan kehidupan glamor para selebriti seperti anda ye..
Apapun mesti ramai yang mendoakan Aida Jebat dengan Zul Ariffin, nak buat cam mana dah tak ada jodohkan. Sabarlah ye Aida Jebat, kumbang bukan seekor.
sumber : http://um-fabolous.blogspot.com/
~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~
Kontroversi betul tajuk, hehe :D
ReplyDeletekan ? tngok tajuk pon dh macam kontroveri . ahhaha . TIPS untuk tarik visitor la katakan . hahahah
Delete