بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !
Ramai yang suka melihat pasangan ini bersama & tidak kurang mendoakan untuk mereka bertemu jodoh walaupun Yana Samsudin dan Fadzil Zahari sendiri selama ini mengatakan yang mereka sekadar berkawan namun tidak menolak jika berjodoh sesama mereka.
Hari ini menerusi laporan Berita Harian pasangan ini mengesahkan yang mereka bakal bernikah pada 13 Februari ini di Yong Peng, Johor dan majlis resepsi akan diadakan pada keesokan harinya di lokasi yang sama. Diam diam sudah merancang nikah, bagus!
Yana Samsudin turut menceritakan yang Fadzil Zahari menghantar rombongan meminang pada 14 Disember 2014 yang lalu selepas beliau membuat kenyataan sudah bersedia untuk berkahwin sekitar tahun lalu — dan merupakan cubaan kedua selepas kali pertama tahun 2010.
“Bila saya buka mulut sudah bersedia berkahwin tahun lalu, saya tunggu siapa yang melamar dulu. Saya tidak sangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepada saya. Kalau lelaki lain, mungkin sudah lama angkat kaki kerana terlalu lama menunggu”
“Ketika itu, saya sibuk dengan separuh akhir Anugerah Juara Lagu. Saya tahu selepas tiga hari Fadzil menghantar rombongan meminang, itu pun saya terima gambar melalui WhatsApp. Macam nak luruh jantung saya! Sebelum ini Fadzil beritahu mahu bertemu keluarga di Yong Peng”
“Saya tidak terfikir beliau menghantar rombongan meminang. Dalam diam, Fadzil sudah berpakat dengana orang tua saya. Mereka sengaja mahu buat kejutan kepada saya,” ujarnya.
Tahniah diucapkan buat Yana Samsudin dan Fadzil Zahari atas berita baik ini, semoga hubungan kalian akan kekal sehingga akhir masa. Pasti meriah majlis kahwin mereka nanti,.
SUMBER - RATAN KEKUNCI
~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~
oo dh nak nikah... semoga dipermudahkan setiap urusan. lelaki ni artis juga ke??
ReplyDeletezinziemeewah