بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !
Permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2015/ 2016 akan dibuka mulai 19 Januari 2015 bermula jam 12 tengahari sehingga 6 April 2015, jam 4 petang
Permohonan perlu dibuat melalui aplikasi atas talian (online) di Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar yang diboleh dicapai menerusi pautan http://upu.moe.gov.my
TARIKH BELI NOMBOR PIN UNIK ID UPU SESI 2015/ 2016
Untuk mengemukakan dan mengakses sistem borang permohonan online, setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID yang dibuka untuk jualan mulai 19 Januari 2015 sehingga 6 April 2015
Nombor Unik ID tersebut boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), di mesin ATM BSN atau menggunakan perkhidmatan SMS Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja)
Terdapat dua pilihan bagi nombor Unik ID yang boleh dibeli oleh pemohon dan pastikan mengikut kategori masing-masing iaitu
Kategori A : Lepasan SPM/ Lepasan SKM/ILKA
Kategori B : Lepasan STPM/Setaraf, Lepasan Diploma/Setaraf, Lepasan STAM, Asasi dan Matrikulasi
Nota: Harga unik ID bagi setiap kategori adalah berbeza
MAKLUMAT LANJUT ATAU PERTANYAAN
Bagi mengikuti sebarang maklumat lanjut ataupun pertanyaan, pemohon boleh melayari laman akaun Facebook rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) di pautan https://www.facebook.com/pages/Kemasukan-BPKP-JPT-FB-rasmi-UPU/646433295426674
~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~
tersalah beli kategori B --' mcm mana ea? Boleh tukar ke?
ReplyDeleteboleh rasanya . cuba tanya dekat kaunter bsn yang anda beli ..
Deletehehehe..okay2
Deleteokayy.
Deleteinfor yang sangat berguna ni ya Ril..
ReplyDeletethanks pakcik :)
DeleteNice sharing..Huda isi lepas dapat result.
ReplyDelete