بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !
Kumpulan ZERO Semakin Berlagak | Hmm.. Ini yang panas untuk kita dengar kan ? Selepas tidak lama kejayaan mereka dinobatkan sebagai Johan MaharajaLawak Mega baru-baru ini timbullah pula cerita seperti ini.
Memetik laporan dari Utusan Online hari ini KLIK SINI diberitakan seorang pengurus acara mengadu di mana beliau gagal mencapai persetujuan dengan pihak mereka. Kalau dahulu senang sahaja nak berurusan dengan mereka tetapi sekarang sudah sebaliknya.
Dia bukan tak faham harga Zero semakin naik sejak mereka menang program tersebut tapi setidak-tidaknya biarlah ada komunikasi yang baik agar memudahkan kerja kedua-dua belah pihak.
Menurut laporan akhbar itu lagi, kumpulan Zero juga dikhabarkan menolak kontrak apabila ditawarkan menjadi artis Pengurusan Astro. Adidi.. Betul kaini ? Penulis bukan mau kondem / menjatuhkan kumpulan ini tetapi sekadar memberi ingatan takut-takut mereka lupa diri.
BLOG SHAHRIL : Apa yang penulis dengar melalui seorang rakan di daerah Kudat tempat kelahiran kumpulan Zero, khabarnya suatu masa dahulu sebelum mereka berjaya ada seorang ni yang memang tidak menyukai mereka. Namun apabila sudah menang dan terkenal tiba-tiba berubah kononnya dia adalah peminat nombor satu mereka. Menurut rakan itu lagi dia adalah orang politik dan menawarkan untuk menjadi pengurus mereka. Jika ini benar berlaku, kesian dorang si Zero, silap-silap balik ke Zero lah dorang ini macam kisah Tegar (penyanyi cilik indonesia yang popular dengan lagu aku yang dulu bukanlah yang sekarang) yang ditipu pengurus kini kembali mengemis di kampung halaman.
~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~
Tak sangka kumpulan zero bajet kemain.
ReplyDeletehahahah . btol tuu
Delete