Friday, 20 February 2015

Gadis 14 Tahun Hampir Jadi Mangsa Jihad Seks


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !




KUALA LUMPUR 19 Feb. - Terdapat lebih 60 rakyat negara ini telah dikenal pasti menyertai kumpulan militan negara Islam (IS) di Syria dan dipercayai menjadi dalang mempengaruhi gadis-gadis Melayu untuk ‘berkhidmat’ dengan mereka di sana.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, mereka juga ditawarkan ganjaran wang serta peluang menghapuskan dosa-dosa silam sebagai tarikan.

Disebabkan itu kata beliau, kebanyakan gadis yang sanggup pergi ke Syria merupakan mereka yang mempunyai masalah peribadi dan keluarga.


“Bagi lelaki, mereka akan dibayar elaun sebanyak AS$200 sebulan serta turut dijanjikan dengan pelbagai kelebihan berjihad.

“Manakala gadis yang ingin pergi ke sana pula terpengaruh dengan janji akan mendapat pahala besar jika memberi ‘khidmat’ kepada pejuang jihad,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selasa lepas, seorang gadis berusia 14 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini kerana disyaki merancang menyertai kumpulan militan IS di Syria melalui Mesir.

Difahamkan, gadis yang terpengaruh dengan fahaman militan sejak November lalu itu, pernah menyatakan hasrat untuk ke Syria kepada keluarganya tetapi mendapat tentangan. Namun dia tetap berdegil untuk ke sana.


Menurut Ayub Khan, kegiatan merekrut gadis belasan tahun itu kini sudah menjadi trend kumpulan tersebut malah jumlahnya meningkat walaupun pihak polis telah melakukan banyak tangkapan.

Ujar beliau, dipercayai terdapat beberapa lagi gadis yang telah pun dipengaruhi dengan dakyah kumpulan terbabit serta sedang merancang untuk pergi ke sana.

Katanya, perkenalan mereka bermula di Facebook sebelum bertukar kepada medium lain yang lebih privasi bagi mengelakkan komunikasi mereka diketahui oleh orang lain.

“Gadis bermasalah ini biasanya akan cuba mencari jalan keluar, sebab itu apabila terjumpa dengan ahli kumpulan ini yang meyakinkan mereka dengan ayat-ayat al-Quran di Facebook, mereka cepat terpengaruh.

“Ini merupakan faktor tarikan untuk mereka pergi ke sana,” ujarnya.

Tambah Ayub Khan, gadis-gadis ini tidak hanya tertumpu kepada pelajar sekolah tahfiz atau aliran agama sahaja namun turut melibatkan pelajar sekolah biasa.

Katanya lagi, perbelanjaan gadis tersebut untuk ke sana juga dibiayai oleh pihak tertentu. - UM




~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

2 comments:

  1. Senangnya kena tipu dengan orang. Inilah akibatnya tak berhati-hati dalam perkara agama.

    ReplyDelete
  2. astaghfirullah :(
    takutnya...................
    ramai nya musuh dlm selimut hm </3

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !