Friday, 23 January 2015

Zamani Maafkan Pihak Yang Rakam Dan Sebar Video


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Sebelum membaca entry terbaru shahril, Boleh tolong shahril sekejap tak ? klik semua iklan dekat sidebar belah kanan tu .. Lepas klik komen yaa . Nanti shahril klik iklan korang balik . Boleh tak ni ?? Kalau boleh terima kasih yee . Ni bukan saje2 nak dapat income tau, ni Untuk tabung belajar shahril . This year insyaAllah dapat masuk UNIVESITI :) Doa-doakan ea..

Alhamdulillah . masih diberi peluang untuk mengupdate blog . jom baca entry yang seterusnya !





Mulia sungguh hati mu Zamani. Bukan senang nak memaafkan seseorang lebih-lebih lagi jika perkara yang dilakukan itu memalukan. 

Baru-baru ini, Zamani telah pun ditangkap polis kerana mengambil dadah. 

Tidak lama kemudian, sebuah video dirinya menyanyikan lagu Gerimis Mengundang sambil tangan digari telah pun tersebar. Penyebaran video itu dikutuk oleh orang ramai kerana telah menjatuhkan maruah bekas penyanyi kumpulan Slam ini. 

Abang kepada Zamani, Zulfazil Ibrahim, telah pun melawat adiknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini. 

Berkata kepada media, Zulfazil memaklumkan yang Zamani sudah pun memaafkan pihak yang menyebarkan video tersebut dan meminta isu ini tidak lagi dipanjangkan. Kata Zulfazil:- 



Beliau sendiri yang meminta isu ini tidak dipanjangkan dan sudah memaafkan individu terbabit. Saya dan keluarga akur dengan permintaan beliau dan tidak akan mengambil sebarang tindakan. 

Ketika beliau ditahan dan penyebaran video ini berlaku, saya langsung tidak tahu sehinggalah dimaklumkan oleh kawan. 

Agak terkilan dan sedih dengan penyebaran video ini, tetapi, saya bangga dengan beliau kerana dalam keadaan menghadapi kes ini, beliau tetap sudi memaafkan orang yang bertindak sedemikian.


Abang Nara juga amat bangga dan terharu dengan sifat pemaaf Zamani Slam. Malah hari ini salah seorang ahli kumpulan Slam yang lain iaitu Shah telah menulis satu coretan tentang kebaikan Zamani. 





Sikap Zamani ini seharusnya dicontohi. Kalau boleh maafkan, maafkanlah. Panjangkan cerita pun tak guna. Tahniah Zamani. 

Untuk makluman, kes Zamani akan disebut di Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari 2015. Semoga berjaya. 

Sumber: beautifulnara.com 




~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

1 comment:

  1. Salam shah.,.tu la sdih kak lya tgk huhuhu..kak lya slh sorg peminat zamani ..terkilan jgk laaa huhu tp takpe laa benda nk jdnk buat camner tp bgus btol zamani ni kan ?..

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !