بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Sebelum membaca entry terbaru shahril, Boleh tolong shahril sekejap tak ? klik semua iklan dekat sidebar belah kanan tu .. Lepas klik komen yaa . Nanti shahril klik iklan korang balik . Boleh tak ni ?? Kalau boleh terima kasih yee . Ni bukan saje2 nak dapat income tau, ni Untuk tabung belajar shahril . Next year insyaAllah dapat masuk UNIVESITI :) Doa-doakan ea..
Shahril ade post entry baru ni . Review tentang Drama Cinta Ilahi. Jom sama2 baca !
Assalammualaikum..
Slot Zehra yang bersiaran setiap jumaat jam 9 malam di Tv3 akan membawakan sebuah drama terbaru yang berjudul Cinta Ilahi. Drama ini dilakonkan oleh Johan As'ari, Diana Amir, Shakila Khoriri, Nazrief Nazri dan Ramona Zam Zam, lama tak nampak Diana Amir ni berlakon kan. Rasanya semua pun tahu Slot Zehra ni akan menayangkan drama-drama yang berunsurkan islamik gitu, yang banyak pengajaran untuk semua. Drama Cinta Ilahi membawakan kisah percintaan dan keikhlasan dalam mengenal erti cinta sebenar yang kekal abadi. Apapun jom layan Sinopsis Drama Cinta Ilahi di bawah ni k.
Sinopsis Cinta Ilahi
Cinta mampu mengubah seseorang. Itulah yang terjadi kepada Hud (Johan As'ari) seorang pemuda yang sering lalai dengan duniawi dan berpeleseran yang akhirnya terbuka hati saat bertemu Maryam (Diana Amir) seorang guru mengaji yang baru kembali ke kampung halamannya. Hati Hud yang pada mulanya hanya cuba mendapatkan perhatian Maryam dengan mendekatkan diri dengan ajaran islam ternyata menemui kemanisan iman dalam epilog pertemuan mereka. Hud mula berguru dengan ayah Maryam, Ustaz Hashim yang sering memberikannya nasihat dalam ilmu Islam.
Hud yang digambarkan sebagai pemuda nakal dan liar sememangnya sukar diterima orang kampung yang mengenali sikapnya. Malah sifat malas dan tidak serius pernah menyebabkan dia hampir dibuang kerja tetapi kehadiran keluarga Ustaz Hashim banyak membuka mata Hud agar menjadi insan yang berguna. Hari demi hari hubungannya bersama Maryam semakin bersemi. Namun disaat Hud mula mencintai Maryam, di saat itu jugalah dia mula diduga dengan pelbagai cabaran.
Pada masa yang sama, Zara (Ramona Zam Zam) sudah lama menaruh perasaan terhadap Hud mula terasa tercabar. Perubahan Hud yang drastik memang sukar diterimanya apatah lagi sebelum ini mereka berkawan rapat. Zara nekad untuk memporak-perandakan hubungan mereka. Baginya jika dia gagal mendapatkan Hud biarlah Maryam juga berputih mata. Ketika itu juga hati Hud punah dikejutkan dengan hakikat Maryam sudah bertunang dan bakal berkahwin dengan Basri(Beego) yang baru saja pulang dari Jordan. Ustaz Hashim pula beriya ingin memadankan Hud dengan anak bongsunya Shakira (Shakila Khoriri).
Mampukah Hud mengubat hatinya? Adakah Hud akan berubah semula ke perangai lamanya? Benarkah Hud betul-betul ikhlas mendalami ajaran agama atau semata-mata kerana cinta? Kalau nak tahu kenalah tengok drama ini nanti yer.
~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~
hebat ril mengulas tahnia jiwa remaja..bagus bakat menulis kena teruskan ya...
ReplyDeletehebat ril mengulas tahnia jiwa remaja..bagus bakat menulis kena teruskan ya...
ReplyDelete@Etuza Etuza Mekasih cikgu !
ReplyDelete@Etuza Etuza mekasih cikgu !
ReplyDelete@Fhatin Amelia kan kan ? hahahhaa
ReplyDeleteBest sangat cerita ni .. Setiap jumaat mesti layan dgn family .. Pandai buat sinopsis , clear . Zaman sekolah, mesti dpt anugerah nilam ni .. Haha
ReplyDelete