Saturday, 17 January 2015

PU Azman Tidak Dibenarkan Ceramah


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Sebelum membaca entry terbaru shahril, Boleh tolong shahril sekejap tak ? klik semua iklan dekat sidebar belah kanan tu .. Lepas klik komen yaa . Nanti shahril klik iklan korang balik . Boleh tak ni ?? Kalau boleh terima kasih yee . Ni bukan saje2 nak dapat income tau, ni Untuk tabung belajar shahril . This year insyaAllah dapat masuk UNIVESITI :) Doa-doakan ea..

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . jom baca entry shahril pada pagi ini !



                               Datuk Mohd Yusof Ahmad & PU Azman               
 Datuk Mohd Yusof Ahmad      &      PU Azman



SEREMBAN - Negeri Sembilan tidak benarkan juara program realiti Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Azman Syah Alias atau PU Azman, memberi ceramah atau mengajar agama di negeri ini.
Tindakan itu dibuat kerana beliau belum mempunyai sijil tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, PU Azman baru menghantar borang permohonan minggu lalu dan perlu melalui sesi temuduga terlebih dahulu bagi mengenal pasti sama ada layak diberi tauliah atau tidak.

“Buat masa ini dia masih belum ada tauliah. Sebenarnya, sebelum dia masuk program TV itu, kita sudah nasihatkan untuk membuat permohonan mendapatkan tauliah.

“Tapi, baru-baru ini saja dia menghantar permohonan yang lengkap. Jadi,  jika dia masih tetap memberi ceramah dan mengajar agama sebelum diberi tauliah, ia boleh dikenakan tindakan,” katanya.

Beliau berkata, Mains akan menyemak latar belakang keseluruhan setiap pemohon bagi memastikan fahaman mereka selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan mengikut mazhab Shafie.
"Ia bagi mengelakkan ajaran atau fahaman yang disampaikan kelak bertentangan, sekali gus boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat," katanya di sini, semalam.

Yusuf berkata,  masjid dan surau juga dinasihatkan menyemak status penceramah yang dijemput terlebih dahulu dengan Mains termasuk penceramah dari program realiti agama sama ada mempunyai tauliah atau tidak.

Menurutnya, menjadi satu kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan jika individu yang memberi ceramah dan mengajar agama tanpa tauliah.

“Kita pun akan tengok dahulu penceramah yang mahu dijemput oleh masyarakat dengan menyemak latar belakang penceramah itu kerana tidak mahu ada fahaman atau ajaran yang disampaikan tidak bersesuaian.

“Nasihat saya bukan saja kepada PU, tapi termasuk mereka yang mempunyai lulusan agama dari Mesir sekalipun, perlu dapatkan tauliah kerana ia adalah prosedur ditetapkan di negeri ini,” katanya.



~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !