Monday, 26 January 2015

Maafkan Saya - Zizan Razak


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Sebelum membaca entry terbaru shahril, Boleh tolong shahril sekejap tak ? klik semua iklan dekat sidebar belah kanan tu .. Lepas klik komen yaa . Nanti shahril klik iklan korang balik . Boleh tak ni ?? Kalau boleh terima kasih yee . Ni bukan saje2 nak dapat income tau, ni Untuk tabung belajar shahril . This year insyaAllah dapat masuk UNIVESITI :) Doa-doakan ea..

Alhamdulillah . masih diberi peluang untuk mengupdate blog . jom baca entry yang seterusnya !


Kami rasa permohonan maaf Zizan Razak yang dimuat naik ke akaun Instagram beliau petang ini lebih merujuk kepada penggunaan kata hitam manis terhadap Dayang Nurfaizah di pentas Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) malam Jumaat lalu.
Tetapi, tidak salah juga kiranya permohonan maaf ini diambil semua sebagai sesuatu yang positif termasuklah Nur Fazura yang dikhabarkan kurang senang atau meluat dengan sikap Zizan Razak yang menyampuk ketika juri itu memberikan komen.
“Saya hendak memohon maaf dengan seikhlas-ikhlasnya atas kata kata saya yang mungkin telah menyinggung perasaan sesiapa saja yang menyaksikan saya di pentas MLM minggu lepas”
zizan-razak-1-


“Saya hanya berniat bergurau dan tidak pernah berniat untuk mengguris hati sesiapa pun. Maafkan saya. Jujur dan ikhlas dari saya,” tulis Zizan Razak sebentar tadi, lapor Rotikaya.
Bagus juga tindakan Zizan Razak memohon maaf sekali sapu bersih semua dan tidak memanjang cerita. Dunia hiburan kecil sahaja, mana tahu boleh bergandingan nanti dalam apa apa projek di masa hadapan, ‘kan senang rezeki dikongsi bersama.



~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

10 comments:

  1. tindakan memohon maaf itu bagus dan amalan orang beriman. Dah raja lawak ..selalu melawak ..kena tengok tempat. Bila meminta maaf kena maafkan sedangkan Allah maha memaafkan

    ReplyDelete
  2. tindakan memohon maaf itu bagus dan amalan orang beriman. Dah raja lawak ..selalu melawak ..kena tengok tempat. Bila meminta maaf kena maafkan sedangkan Allah maha memaafkan

    ReplyDelete
  3. Ril, bagaimana nak berkomunikasi ni ya..ada Fb tak..atau ke gmail lah ya..

    ReplyDelete
  4. belum daftar ya..di Elken, kena dokumen tu ril..

    ReplyDelete
  5. @Etuza Etuza fb ade .. ni link .. http://www.facebook.com/msbcm

    ReplyDelete
  6. Ril komen Ril yang sertakan no phone wtsapp pakcik padam ya. Dah salin.
    Ril orang Kelantan ya...

    Ril menunggu SPM ke tahun ni?

    Pakcik nak pesan mulakan berimpian besar dalam kehidupan ya. Ril kena yakin bahawa orang yang berusaha dan berusaha pasti berjaya.Ril kena mula kan sesuatu untuk masa depan Ril ya..
    Pilihan untuk bahagia di tangan ril sebenarnya, selebihnya ambil motivasi dan semnagat dari mereka yang telah berjaya. mak dan ayah kena utamakan..minta sokongan dengan ayah dan mak..InshaAllah ril akan berjaya.

    ReplyDelete
  7. Ok la tu Zizan dah minta maaf kan. Tak perlu dipanjangkan..;)

    ReplyDelete
  8. Hidup lebih indah, lebih aman kalau kita saling bermaafan.

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !