Tuesday, 27 January 2015

JURURAWAT BUNUH DIRI SEBAB PANGGILAN HANGIT


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog . Jom baca entry yang seterusnya !


panggilan hangit bunuh diri

   JURURAWAT BUNUH DIRI SEBAB PANGGILAN HANGIT |  Seorang jururawat bunuh diri sebab ditipu dua deejay (DJ) Australia dengan panggilan hangit atau panggilan palsu sehingga memberi maklumat mengenai kehamilan Duchess of Cambridge Kate Middleton di Hospital King Edward VII, ditemui mati semalam, dipercayai membunuh diri.LONDON
Laman web Skynews.com melaporkan, Jacintha Saldanha yang sudah berkhidmat di hospital itu sejak empat tahun lalu ditemui mati di kediamannya berhampiran hospital berkenaan.
“Polis menerima laporan mengenai seorang wanita yang ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Weymouth Street, jam 9.35 pagi waktu tempatan.
“Ambulans dihantar ke lokasi, malangnya wanita itu disahkan sudah meninggal dunia. Kami tidak mengesyaki sesuatu yang mencurigakan,” kata jurucakap Scotland Yard yang dipetik laman web itu.
Dua deejay stesen radio 2DayFM, Michael Christian dan Mel Greig menghubungi hospital berkenaan jam 5.30 pagi Selasa lalu.
Greig yang menyamar sebagai Ratu Elizabeth, meminta untuk bercakap dengan cucunya dan berjaya memujuk Saldana menyambung talian ke wad Kate menerima rawatan.
Panggilan palsu itu memalukan hospital berkenaan yang sering menjadi pilihan keluarga diraja.
Greig dan Christian menerima kecaman hebat di Twitter, manakala pelbagai pihak menggesa mereka meletak jawatan.
Apa yang kami  harapkan, perkara sebegini tidak akan berlaku di negara ini. Semoga dengan apa yang berlaku dapat dijadikan iktibar keapada setesen radio di Malaysia. Nak gurau biarlah berpada-pada dan jangan sampai melampaui batas.

SUMBER - EBERITA

~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

6 comments:

  1. Salam.. join segmen saya..http://eatmakeread.blogspot.com/2015/01/giveaway-lepas-exam.html

    ReplyDelete
  2. Kan. Melampau benar gurau tu adehhh.

    ReplyDelete
  3. Macam2 hal la sekarang ni ..Adoiii sampai bunuh diri la pulak ..Tertekan gamaknya ..Kesian pada yang tak bersalah..Sepatutnya benda2 ni tak perlu buat la ..Kalau ada yg sakit jantung tetiba bila dpt panggilan ni tak ke nanya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tuu . pekara sebegini patut dititikberatkan oleh pihak kerajaan .

      Delete

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !