Saturday, 24 January 2015

Fasha Sandha Belum Sedia Anak Jadi Model Iklan


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Sebelum membaca entry terbaru shahril, Boleh tolong shahril sekejap tak ? klik semua iklan dekat sidebar belah kanan tu .. Lepas klik komen yaa . Nanti shahril klik iklan korang balik . Boleh tak ni ?? Kalau boleh terima kasih yee . Ni bukan saje2 nak dapat income tau, ni Untuk tabung belajar shahril . This year insyaAllah dapat masuk UNIVESITI :) Doa-doakan ea..

Alhamdulillah . masih diberi peluang untuk mengupdate blog . jom baca entry shahril !




Pelakon Fasha Sandha belum bersedia membenarkan anak-anaknnya iaitu Putra Rayfal Ramli yang berusia setahun dan Putri Raysha Jemaima, 2 bulan untuk terlibat sebagai model kanak-kanak dalam dunia periklanan. 

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 31, berkata, kedua-dua kanak-kanak itu masih kecil untuk terdedah dengan perkerjaan tersebut. 

"Ada tawaran untuk iklan produk tapi saya terpaksa tolak kerana bagi saya mereka masih terlalu kecil lagi untuk terlibat dengan bidang tersebut. 

"Buat masa ini biarlah mereka jadi duta produk kosmetik saya sahaja dahulu yang akan keluar tidak lama lagi," ujarnya.

Fasha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang anak-anak selebriti yang sering mendapat perhatian dan tawaran iklan ketika masih bayi. 

Bagaimanapun katanya, perkara itu terpulang kepada ibu-bapa bayi tersebut yang lebih mengetahui tentang anak mereka. 

"Ia terpulang kepada individu itu untuk membenarkan anak mereka terlibat dengan kormersil atau tidak. Apa yang penting mereka lebih tahu tentang anak mereka," ujarnya. 

Dalam pada itu Fasha berkata kehidupan keluarganya kini dirasakan lengkap dengan kehadiran bayi perempuan yang lahir pada 7 November lalu. 

Dia juga sedang melalui fasa kehidupan yang indah dalam menguruskan rumah tangga. 

"Alhamdulillah kehidupan saya kini lengkap dan sangat indah dengan kehadiran anak kedua ini. 

"Lebih mengharukan anak pertama saya sudah pandai memanggil saya 'bu' (singkatan kepada ibu) beberapa hari lalu. 

"Ketika itu perasaan saya sebagai ibu memang sukar digambarkan dan rasa sebak," ujarnya. 

Jelasnya, biarpun anak sulung masih belum memahami tentang kehadiran adiknya, namun bagi Fasha, dia sentiasa memberi keutamaan kepada anak lelakinya itu agar tidak timbul perasaan terpinggir. 

Katanya, Rayfal kadang-kala menunjukkan sikap cemburu terhadap adiknya apabila sering diberi perhatian. 

"Sekarang dia masih belum paham lagi dan akan cungkil mata adik dia kerana dia sangkakan anak patung. 

"Saya terpaksa beri keutamaan pada dia agar dia tidak rasa tersisih dan cemburu kepada adiknya," ujarnya. -mstar 




~ Kadang-Kadang Allah Hilangkan Sekejap Matahari Kemudian Dia Datangkan Pula Guruh Dan Kilat , Puas Kita Mencari Dimana Matahari , Rupa-Rupanya Allah Ingin Menghadiahkan Kita Pelangi Yang Indah ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

1 comment:

Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !