بسم الله الرحمن الرحيم
Demi untuk membantu rakyat, Perdana Menteri dilaporkan telah memotong gajinya sebanyak 30% dan menjual sebuah jet dengan harga USD15Juta serta puluhan buah kereta-kereta mewah yang digunakan oleh Menteri Kabinet.
Tetapi Perdana Menteri yang dilaporkan itu bukan Perdana Menteri Malaysia, beliau adalahPerdana Menteri Malawi.
Perdana Menteri Jual Pesawat Untuk Beri Rakyat Makan
Kerajaan Malawi menjual pesawat presiden untuk memberi makan lebih dari 1 juta rakyatnya yang kelaparan. Dana yang diperoleh daripada jualan pesawat itu sebesar USD15 juta. Bahkan puluhan kereta mewah para menteri juga terpaksa dijual untuk menyokong program ini.
Presiden Joyce Kota menjadikan jualan pesawat tersebut sebagai prioriti pemerintahannya.
"Dana USD15 juta yang kami dapat dari penjualan jet presiden akan digunakan untuk membeli jagung tempatan untuk membantu memberi makan rakyat yang menderita, dan sebahagian lagi digunakan untuk pengeluaran kacang" kata juru cakap Kementerian Kewangan Malawi Nations Msowoya seperti dilaporkan oleh The Nation, Jumaat (6/9/2013).
Jualan pesawat kepada syarikat Virgin Islands, Bohnox Enterprise itu telah diumumkan Mei lalu. Jet mewah itu dapat mengeringkan perbendaharaan negara.
Sebabnya, kos penyelenggaraan dan insurannya mencapai USD300 ribu setahun.
Kerajaan Malawi pernah membuat negara-negara bantuan barat berang kerana ketika presiden terdahulu, mendiang Bingu Wan Mutharika telah membeli 14 pesawat penumpang Dassault Falcon 900EX pada tahun 2009 yang menyumbang 40 peratus daripada bajet.
England, penderma bilateral utama Malawi mengkritik pembelian pesawat tersebut. England bahkan mengurangkan bantuan untuk pemerintahan Mutharika hingga 3 juta pounds.
Keadaan ini menimbulkan goncangan ekonomi di tengah kelaparan yang melanda negeri itu.
Namun Kota yang menggantikan Mutharika yang meninggal akibat serangan jantung pada April 2012, mendapat pujian penderma Barat atas langkah-langkah penjimatan yang dilakukannya.
Wanita itu bahkan telah menurunkan gajinya sebanyak 30 peratus dan berjanji akan menjual 35 kereta negara Mercedes Benz yang digunakan para menteri kabinet. ~detik news
Itu Perdana Menteri negara lain. walaupun negaranya miskin beliau sanggup menjual aset milik negara yang digunakan oleh kroni-kroninya demi untuk membantu rakyatnya..
P/S : Jangan salah paham ye, Perdana Menteri Malawi taw.
KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~