بسم الله الرحمن الرحيم
!Assalamualaikum!
Penyanyi, Najwa Latiff, 18, yang popular dengan lagu "Muka Buku" dan "Kosong"memperoleh 4A daripada 10 mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, di sini bagaimanapun tidak hadir untuk mengambil slip keputusan peperiksaannya.
Keputusan SPM Najwa diambil oleh kakaknya, Syafikah yang hadir seorang diri dengan membawa kad pengenalan adiknya sebagai bukti untuk mendapatkan keputusan tersebut.
Usaha sekumpulan wartawan untuk menemu bual Syafikah gagal apabila dia enggan melayan pihak media dan bergegas pulang sebaik menerima slip keputusan peperiksaan tersebut.
Ketika dihampiri wartawan untuk mendapatkan komen ringkas, Syafikah hanya sekadar berkata: "sorry, sorry."
Najwa ketika menduduki SPM tahun lalu menyasarkan untuk mendapat 6A selepas berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan percubaan.
Najwa antara 192 pelajar sekolah tersebut yang mengambil peperiksaan SPM tahun lalu dan keputusannya diumumkan hari ini.-Utusan
p/s: Tahniah buat Najwa dan kakak-kakak/Abang-Abang SPM yang lain..jangan give up..perjalanan korang masih jauh!!
KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~
tahniah kepada najwa latif & adik_adik y mendapat result cemerlang... :)
ReplyDelete