Friday, 29 March 2013

Inilah Anak Ayu Raudhah dan Zaquan


بسم الله الرحمن الرحيم




Inilah anak Ayu Raudhah yang selamat dilahirkan pada pukul 2.17 petang tadi. Perkara ini dikongsikan oleh Zaquan sendiri didalam laman twitter beliau.."alhamdulillah...lahirnye hero mummy n daddy..."..comel je kan??

Tahniah sekali lagi pada pasangan Ayu Raudhah dan suami..moga mendapat anak yang soleh dan taat pada mak ayah.

p/s: sebijik muka zaquan kan?like father like son=)


KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Renungan : Misteri Wajah Jenazah Bertukar Hitam

بسم الله الرحمن الرحيم



Berkhidmat dalam bidang menguruskan jenazah merupakan satu amalan yang mulia. Biarpun pekerjaan seperti ini, seperti satu yang menakutkan, ia merupakan satu tanggungjawab muslim kepada muslim yang lain. Seorang yang ditugaskan mengurus jenazah menceritakan detik pengalaman berhadapan dengan situasi terlihat wajah jenazah yang bertukar hitam. Ini bukan kisah seram untuk menakut-nakutkan kita, akan tetapi sebagai satu renungan buat kita semua.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.
Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. “Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.

Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.


KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Tazkirah Maghrib : Hukum menggugurkan kandungan


بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum ustaz,

Apakah hukum menggugurkan kandungan di awal kehamilan (sekitar 2 minggu) kerana masih belajar dan tidak mampu utk membayar kos pengajian sekiranya menunda pelajaran selepas bersalin?

Wsalam wbt


Jawapan:

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله

Sepakat ulama’ mengatakan bahawa haram hukumnya menggugurkan kandungan setelah ditiup ruh tanpa sebab-sebab yang dikategorikan sebagai darurat. Usia kandungan yang ditiupkan ruh itu adalah selepas kandungan itu berusia empat bulan atau 120 hari kehamilan.[1] Ini berdasarkan dalil:

Abdullah bin Mas’ud berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Sesungguhnya setiap kamu terkumpul kejadiannya dalam perut ibumu selama 40 hari dalam bentuk nutfah, kemudian dalam bentuk ‘alaqah selama itu pula, kemudian dalam bentuk mudghah selama itu pula, kemudian ditiupkan ruh kepadanya. (HR al-Bukhary, Muslim, Abu Daud, Ahmad dan Tirmizi)

Adapun menggugurkan kandungan sebelum ditiupkan ruh kepadanya, berlaku perbincangan di kalangan ulama’ namun secara ringkasnya adalah seperti berikut:

Harus hukumnya menggugurkan janin dalam tempoh 40 hari kehamilannya sebab dalam tempoh ini kandungan masih tidak bernyawa.[2] Namun ada pendokong pandangan ini meletakkan syarat tertentu seperti kandungan akan memudaratkan isteri jika diteruskan, putus susu kepada anak yang sedia ada disebabkan kandungan yang baru sedangkan suami tidak berkemampuan untuk mengupah orang lain menyusukan anaknya, mendapat persetujuan suami isteri, pengguguran ini tidak membahayakan nyawa ibu dan lain-lain.

Makruh hukumnya.[3]
Haram secara mutlak kerana persenyawaan telah berlaku dan ia akan hidup. Imam al-Ghazali mengatakan ia adalah satu bentuk jenayah ke atas benda wujud yang akan terjadi.[4] Manakala Ibnu Jauzi mengatakan perbuatan itu tetap dikira berdosa walaupun tidaklah sama dengan menggugurkannya setelah ditiupkan ruh.[5]

Saya berpandangan – Wallahu a’lam – menggugurkan kandungan yang berusia belum sampai tempoh 40 hari adalah harus kerana ia hanyalah gumpalan darah , belum membentuk sifat-sifat paling minima sebagai manusia. Ia juga seperti ‘azl (coitus interruptus). Ia merupakan tindakan mengeluarkan sperma di luar vagina perempuan apabila suami tidak mengkehendaki kehamilan berlaku kepada isterinya. Nabi s.a.w. pernah membenarkan perkara ini berlaku kepada seorang sahabat dengan sabdanya: “Lakukanlah ‘azl padanya jika kamu suka!” (HR. Ahmad, Muslim)

Adapun menggugurkan kandungan yang berusia 40 hari dan lebih , saya berpandangan – wallahu a’lam – termasuk dalam larangan yang difahami dari sabda Rasulullah s.a.w. kerana pada tempoh itu gumpalan darah sudah terbentuk dengan sifat-sifat minima sebagai manusia .

“Jika nutfah (gumpalan darah) telah melalui empat puluh dua malam, maka Allah mengutus seorang malaikat padanya, lalu dia membentuk nutfah tersebut; dia membuat pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya, dan tulang belulangnya. Lalu malaikat itu bertanya (kepada Allah), ‘Ya Tuhanku, apakah dia (akan Engkau tetapkan) menjadi laki-laki atau perempuan?’ Maka Allah kemudianmemberi keputusan" (HR Muslim)

Meletakkan sebab-sebab ekonomi sebagai alasan untuk menggugurkan kandungan, pada pandangan saya – wallahu a’lam- adalah perkara yang telah diperingatkan oleh Allah dalam beberapa ayat sebagai alasan yang tidak kukuh dalam syara’. Antara firman Allah berkenaan adalah:-

“Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka” (QS al-An’am 151)

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (QS al-Isra’ 31)

Thank you for viewing and reading this post
Sekian
Wallahu'alam

KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Tutorial : Buang Attribution Blogger


بسم الله الرحمن الرحيم

Kenal ke ape itu Attribution ?
Alaaa cuba kau tgk kat blog korang tu, bawah sekali ade tulis powered by blogger faham tak? Kalau dah faham ikut la step yang kacang ni;


1. Dashboard -> Design -> Edit HTML -> Tick Expand Widget Template .
2. Lepas tu, tekan CTRL+F and search code kat bawah ni ok .
<b:widget id='Attribution1' locked='true' title='' type='Attribution'>
3. Dah jumpe? Bila dah jumpa korang tukar true kepada false.
4. Bila dah tukar tekan button Save Templates .
5. Pegi Design. Korang bukak widget attribution tu.

6. Clik remove. Done! Mudah kan? :)
7. Ade error tak? Kalau ade care ni paling mudah kot.
#Attribution1 {
display:none;
}
8. Pastekan di atas /* Content
9. Done.


KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Tutorial : Border Dekat Sidebar


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t :)
Uhuh, kepala masih pening sebab buat tutorial tadi, haha. Tapi, lagi pening kalau tak publish ni kan? Alright, ini adalah kesinambungan daripada Tutorial Ini. Macam biasa, baca dulu sampai faham, baru apply. And, don't forget to backup your templates :)


1) Template > Edit HTML > Proceed > Tick Expand Widget Templates.
2) Tekan CTRL+F/F3, search for this code :


SIMPLE TEMPLATE atau seangkatannya
 h2 {
DENIM TEMPLATE
.sidebar h2 {
MINIMA TEMPLATE
h2 {

#Kalau bawah code tu ada code yang sama atau lebih kurang sama macam kat bawah ni, TOLONG DELETE.

FOR SIMPLE TEMPLATE.

FOR DENIM TEMPLATE.

3) Now, choose anyone code that you want. Paste code tersebut kat BAWAH code yang korang cari tadi tu.
4) Preview dulu, baru SAVE. Alhamdulillah (: . 

JENIS SIMPLE

text-align:center;
 -moz-border-radius: 35px;border-radius: 35px;
 text-shadow: 3px 3px 3px #FFFFFF;
 border: 2px solid  #000000;
 background : #FFFFFF;  font-size:14px;
 padding: 5px;
margin: 10px
}
NOTES!
ABC : Can change into center right left.
ABC : Type border yang korang nak . Boleh klik SINI kalau nak tukar. Just copy the code dan gantikan dengan code kat atas tu. 
ABC : Warna shadow tulisan. Boleh buang kalau taknak.
ABC : Ketebalan border tu.
ABC : Also available dotted / dashed. Choose one only.
ABC : Warna border tu.
ABC : Warna background yang korang suka.
ABC : Saiz border tu, kalau makin besar number, makin besar border korang.
ABC : Size font.


*CODE WARNA BOLEH CARI KAT SINI

JENIS DOUBLE-COLOURED (Ada 2 colour)

text-align:center;
-moz-border-radius-topleft: 20px;
-moz-border-radius-topright: 20px;
-webkit-border-top-left-radius: 20px;
-webkit-border-top-right-radius: 20px;
-top-right-radius: 20px;
border-top-left-radius: 20px;
border-top-right-radius: 20px;
border-bottom: 5px solid #000000;
background : #D8D8D8; font-size:14px;
padding: 2px;
margin: 5px
}
NOTES!
ABC Can change into center right left.
ABC : Ketebalan border bawah tu, boleh ditukar la dei ;)
ABC : Just choose one. Available : solid dotted dashed.
ABC : Warna border bawah tu.
ABC : Warna background.
ABC : Saiz border tu, kalau makin besar number, makin besar border korang.

JENIS BERBACKGROUND


text-align:center;
-moz-border-radius: 1em 4em 1em 4em;          
border-radius: 1em 4em 1em 4em;  
     

text-shadow: 3px 3px 3px #FFFFFF;
border: 2px solid #000000;
background : url(URL BACKGROUND); font-size:14px;
padding: 1px;
margin: 10px
}
NOTES!
Sama macam arahan kat atas sekali. Korang just perlu masukkan URL BACKGROUND tu je 

KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Jalan Penyelesaian Entri Tak Keluar Di Dashboard .

بسم الله الرحمن الرحيم


Baru-baru ni, ramai jugak blogger yang hadapi masalah feed tak keluar di dashboard ni, kan? And.. masa masalah tu berlangsung dengan galaknya, aku tak ambil kesah pun, sebab aku fikir aku tak terjebak juga. 

Tapi biasanya, aku post entri akan keluar kat Dashboard aku, tapi lama-kelamaan tiada lagi entriku disitu.. Masa tu aku still lagi mengong, tak amik kesah, kerana aku fikir maybe sebab aku punya blog sendiri, jadi tak keluar kot. Ada 'kot' disitu, bermakna ianya tak semestinya betul, tapi aku tetap biarkan..

Kali ni, aku ambil kesah. Dan bagi sesiapa yang entri aku tak keluar di Dashboard korang, aku harap korang boleh tolong aku, please? 


Unfollow kat cni, then buka blog ni balik, follow aku pakai yang Join This Site 

tu. Ni bagi yang entri aku tak keluar kat Dashboard, ek? Thanks semua! ^^ 

Assalamualaikum.


CREDIT TO : DIA YANG COMELLL NIE :)
KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Segmen : Tambah Followers by Nurul


بسم الله الرحمن الرحيم


tekan banner kalau nak join jugak :)

Tamat: 31 March 2013
"JOM SUPPORT"



KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Tutorial : Header Bersambung Dengan Blog


بسم الله الرحمن الرحيم

Ok..sekarang shahril nak buat tutorial buat header yang bersambung dengan blog menggunakan Adobe Photoshop..macam header blog shahril.
Tapi sebelum tu, korang perlu menggunakan SIMPLE TEMPLATE..yang simple tu dan transparentkan header tu dulu..macam kat TUTORIAL  nie. Kalau dah buat..mari kita mulakan dengan tutorial buat header.

1. Sila la bukak photoshop anda. klik FILE dan pilih NEW

2. Ubah width tu sama dengan width ENTIRE BLOG korang.. (sila ke TEMPLATE DESIGNER > ADJUST WIDTHS untuk tahu width ENTIRE BLOG) *pastikan anda pilih transparent kay..


3. dekat bahagian kiri photoshop tu, sila pilih ROUNDED RECTANGLED TOOL- (1). kenapa ROUND?? supa nampak cantik sikit. Bilangan RADIUS -( 2 ) tu boleh tukar kepada 50 atau 40.


4. Bentukkan rectangle. Paatikan bentuk yang korang buat tu sentuh kat garisan header korang..


5. pilih MOVE TOOL untuk gerakkan bentuk tu kebawah.


6. Klik pula HORIZONTAL TYPE TOOL (nombor 1) atau T untuk menaip tajuk blog.



7. Klik pada layer tulisan tu sampai keluar window LAYER STYLE (nombor 2). kat situ bolehlah tambah stroke (garisan keliling tulisan), contour(untuk timbulkan tulisan tu) dan drop shadow (bagi menambah bayang-bayang kat belakang tulisan)



Kalau korang nak letak gambar yang cute miut macam I..eh eh... macam you, just klik FILE > OPEN.. pilih gambar yang korang nak. Mira tahu korang kreatif boleh letak macam2 kat header untuk mencantikkan lagi..

8. untuk buangkan ruang yang kosong..klik IMAGE > klik TRIM > dan pilih Transparent Pixels.





9. Now..header tu dah siap. klik FILE, then klik pula SAVE FOR WEB& DEVICES

Untuk masukkan header tu dalam blog..klik DASHBOARD > DESIGN > HEADER
*jangan klik shrink to fit


Tengok blog korang..jadi tak? Kalau jadi baguslah..huh..lega shahril. So..sila la komen ya kalau dah buat tutorial nie..

Selamat Mencuba
Semoga Berjaya

Sayonara..


KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot

Tutorial : Transparentkan Header for DENIM Template


بسم الله الرحمن الرحيم



Dulu mira ada buat tutorial transparentkan header for SIMPLE TEMPLATE kan. Ada yang kata tak jadi la apa la.. Lepas tu ada yang mintak macam mana nak transparentkan header for DENIM TEMPLATE pulak. OK OK.. shahril buat juga sebab ramai yang mintak kan.

Tapi sebelum tu pastikan korang guna DENIM TEMPLATE.


1. DASHBOARD > DESIGN > TEMPLATE DESIGNER



2. Klik ADVANCED.


3. Klik PAGE HEADER BACKGROUND COLOR. Pilih TRANSPARENT



4. Klik PAGE HEADER CORNERS COLOR. Pilih TRANSPARENT 

5. Dah selesai semua. Klik APPLY TO BLOG.


6. Resultnya akan jadi macam gambar kat atas nie.

SIAP!! Senang je kan... tak payah nak pakai coding-coding bagai. 

Sayonara


KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~

ORIGINAL MUHAMMAD SHAHRIL® █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ Verified Official by Blogspot