بسم الله الرحمن الرحيم
Tutorial time !! mesti korang tertanya tutorial apa mcm nie kan kan !! nie bukan tutorial tapi nak share skit camne kaum BABA DAN NYONYA berkahwin !! sebelum saya sambung merepek nie , jom teruskan segmen kita hari ini..
PERKAHWINAN MASYARAKAT BABA DAN NYONYA
Perkahwinan tradisional
baba nyonya merupakan satu majlis yang memenatkan dan akan berlangsung selama
12 hari. Mengikut masyarakat Baba dan Nyonya jika seseorang yang sama berkahwin
sekali lagi , mereka tidak akan berpeluang untuk upacara sebegini sekali lagi. Segala urusan
mencari jodoh bagi anak perempuan akan diuruskan oleh ibu bapa mereka, mereka
tidak boleh membantah keputusan orang ibu bapa. Jika seseorang perempuan itu
belum berkahwin sebelum usia 20 tahun mereka akan dianggap sebagai anak dara
tua, mereka juga akan mengalami kesukaran dalam soal mencari jodoh. Bagi pihak
lelaki pula, kebiasaannya mereka akan
berkahwin dalam usia 20 tahun.
Peringkat Awal
Permulaan majlis perkahwinan
baba nyonya apabila pihak pengantin perempuan menerima rombongan peminangan
daripada pihak pengantin lelaki. Orang tua pasangan pengantin akan menguruskan
tarikh melangsungkan perkahwinan, setelah mereka memilih satu hari yang baik
(bertuah) dengan menggunakan kalendar cina jemputan akan dikeluarkan. Jemputan
akan dikeluarkan kepada mereka yang terlibat, jemputan ini dipanggil “antah
sireh”. Masyarakat baba nyonya tidak menggunakan kad jemputan sebaliknya mereka
menghantar wang yang mengandungi kacang , limau, dan daun sirih (sekapur sirih)
sebagai ganti. Seorang nyonya tua akan diberi tugas iaitu pergi ke rumah-rumah
tertentu untuk menghantar jemputan yang unik ini, walaupun setiap keluarga
menerima sehelai daun sirih tetapi ia bermaksud untuk menjemput seluruh
keluarga ke majlis perkahwinan itu.
Persiapan
Langsir , cadar baru yang kaya
diletakkan dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di
harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan
gula.Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian dari daun
pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan orang
Melayu. Ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket
pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam
bakul nyonya iaitu bakul Siah.Hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang
bermaksud untuk memperkenalkan.'Ih 'pula adalah symbol bagi benda yang baik
untuk perkahwinan. Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee'
akan diletakkan di pintu utama.
Hari “Khuih Thiah”
Hari 'KhuihThiah' iaitu hari
pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari kupas bawang. Hari tersebut juga
adalah di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan
pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh ‘Hari Menyambal'. Kebiasaannya mereka
membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini
akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara
perkahwinan.
Dua Hari Sebelum
Hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang
Jit' di uruskan dahulu. Tepung ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih
genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah dan onde-onde. Makanan
terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang berwarna biru dan putih
dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di
antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di
tukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain.
CHIA LANG KHEK
Chia lang khek merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin
perempuan. Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan 'serunee' atau serunai
akan menghiburkan hadirin yang hadir. Pengantin perempuan akan di hias dan di
andam oleh 'Sang Kheh Umm' atau mak andam. Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuan berjalan,
berlutut dan sebagainya. Manakala
pengantin lelaki pula akan di bantu oleh 'Pak Chindek' iaitu orang yang
terlibat di dalam penghantaran kad jemputan perkahwinan.
CHIU THAU
Chiu Thau merupakan pemberian
yang dianggap suci dan di persembahkan di tempat pemujaan. Tempat pemujaan
khasnya di panggil 'Sam Kai' atau 'Sang kuan tai Tay' yang mewakili syurga,
bumi dan manusia. Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan memulakan adat
terlebih dahulu. Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh bertemu
selagi tidak menjalani adat atau upacara 'Chim Pang'.
CHIM PANG
Chim Pang merupakan pertemuan
pertama diantara pengantin lelaki dan pengantin perempuan di dalam hidup
mereka. Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh kedua-dua ibu bapa
pengantin lelaki dan perempuan. Selepas kedua-dua pengantin di ketemukan,
mereka akan duduk di kerusi yang di sediakan yang berhadapan di antara satu
sama lain.
CHOON TOK
Upacara 'Choon Tok' ialah
upacara untuk pasangan pengantin makan bersama sebagai suami isteri. Pada hari
'sah jit' (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin memberi sembah hormat
kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka.
CHIA N SIA
Upacara ini ialah acara
jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada pihak pengantin lelaki. Pada hari
ini pengantin perempuan akan memakai baju kurung dan kain sarung yang diperbuat
daripada kain broked dan di tenun dengan benang perak dan emas. Pada hari ini
lah juga nyanyian 'Dondang Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-selikan dengan
lawak jenaka, pujian dan ransangan.
Dua Belas Hari
Hari ini merupakan hari dimana
tetamu akan di hidangkan dengan nasi lemak yang diperbuat dengan begitu teliti
supaya mengandungi banyak lemak. Nasi ini di kukus dengan kukusan kayu ditutupi
dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak nasi lemak di panggil 'Bibi
Nasi Lemak'. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil menikmati hidangan
tepak sirih atau tempah sirih.
CHIAN N CHING KAY,CHE UMM
Ia merupakan jemputan makan
malam untuk ahli keluarga si mertua pengantin perempuan. Tujuannya ialah untuk
mengeratkan hubungan persaudaraan di antara kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah
hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi. Setiap perkahwinan semestinya
terdapat pantang larang tertentu bagi mengelakkan sesuatu perkara terjadi.
Dalam masyarakat baba nyonya, mereka percaya pemilihan tarikh yang sesuai dapat
mengelakkan dari terjadinya sesuatu yang tidak baik.
Kalau rasa baek aty , tolong tekan tabung derma tu okayh... :D
Kalau rasa baek aty , tolong tekan tabung derma tu okayh... :D
KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !