بسم الله الرحمن الرحيم
Sebagai manusia, kita tidak akan dapat lari perasaan sedih, susah hati, gundah gulana dan perasaan yang tidak menentu. Dalam hidup ini pelbagai perkara suka dan duka yang kita perlu lalui seperti yang telah ditentukan oleh Allah kepada setiap hambaNya.
Sedih adalah perasaan yang telah dianugerahkan Tuhan agar kita dapat mengecapi rasa didunia yang bermacam-macam. Sesungguhnya di syurga kelak kita tidak akan merasa sedih.
Pelbagai cara dapat dipraktikkan untuk menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa tetapi keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental, emosi dan kesabaran anda.
1. Menyedari bahawa keluh kesah akan menambahkan musibah.
2. Menyedari bahawa Allah tidak akan sekali-kali mengecewakan hamba-Nya.
3. Selalu berzikir kepada Allah kerana dengan berzikir hati akan menjadi tenang.
4. Mendekatkan diri dengan islam. Luangkan masa untuk mengikuti kelas-kelas pengajian agama.
5. Sentiasa memohon perlindungan daripada Allah agar syaitan tidak menyesatkan kita ketika kita sedang dilanda musibah dan kesedihan.
6. Mencontohi orang yang bergembira ketika menerima musibah. Belajarlah bagaimana mereka tenang berhadapan dengan masalah.
7. Selalu berdoa dengan doa ini ketika sedih atau ditimpa musibah ;
” Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali (pada hari kiamat ).Ya Allah, berilah pahala kepadaku dan gantikanlah aku dengan sesuatu yang lebih baik.” (Riwayat Muslim no.918)
p/s : jangan sampai kesedihan membawa kita jauh dari Allah.. ^_^
KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~
Memang setujulah. kadang-kadang kita tak sedar, kesedihan, keluh kesah semua datang bila tidak dekat kepada Allah, Jika dekat pada Allah, nescaya, semuanya akan lebih baik... Insya-Allah... bagus2... berguna untuk mereka yang selalu rasa sedih... :) good sharing...
ReplyDelete