بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, sebelum ni mungkin ramai yang ada terbaca tentang penyebaran artikel/laporan berkaitan Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 dan 25 Disember 2012 di blog-blog dan di laman sosial.
Antara isi kandungan laporan tersebut
adalah seperti ini:-
——————————————————————————————————-
Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.
Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.
Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam
semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember
2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam
Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk
pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu
bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa proses pertukaran ini, seluruh
alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru
(Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
———————————————————————————————————
———————————————————————————————————
Ramai yang tak percaya dan ramai juga yang rasa
khuatir dan bimbang dengan penyebaran artikel sebegini, tapi jangan bimbang
kerana laporan/artikel tentang bumi
ini akan bergelap selama 3 hari adalah berita palsu.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menafikan
laporan blog dan artikel yang mendakwabumi
akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan
kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada
kedudukan selari.
Di samping itu, laporan itu mendakwa,
kedudukan awan-awan debu
gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi
boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi,
menurut kenyataan akhbar agensi itu.
Menurut
kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi,
matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya
gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan
kemusnahan alam semesta.
Selain itu mereka
turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat
awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap.
Angkasa
berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh
dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan gravity
adalah terlalu kecil.
“Awan-awan
debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya
menghalang matahari daripada dilihat dari bumi,” menurut agensi itu. — BERNAMA
P/s: Hmm,
khabar angin seperti di atas cepat je tersebar, jadi sebelum percaya tentang
sesuatu perkara tu, lebih baik dikaji dahulu sebelum membuat kenyataan.
KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~
Zzck nak copy paste and sebarkan kat forum bincang.net..ye..
ReplyDeletenice artikel :)
ReplyDeleteBlh copy tapi dngn Syarat kredit blog saya okay..
ReplyDeletesaye ade kreditkan ddha..
ReplyDelete