بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Saya buat entri ini di sebabkan saya menyokong kempen yang telah dianjurkan oleh The Potpetking. Saya juga telah ditag oleh Anak Teladan untuk join kempen ini.
Aurat merupakan satu perkara yang dipandang sangat penting dalam Islam, ia penting kerana dapat menjaga maruah diri seseorang. Dengan menutup aurat, dapat menjaga diri kita daripada gangguan orang-orang yang berniat jahat terutamanya golongan wanita, selain daripada ia merupakan satu tuntutan yang wajib di dalam Islam. Artikel yang berkaitan dengan aurat juga kawan-kawan boleh baca di entri "Pendidikan Seks : Wajar atau Tidak??"
Islam meletakkan wanita ditempat yang mulia dengan cara menyuruh golongan wanita menutup aurat iaitu menutup keseluruhan anggota badannya, yang hanya dibenarkan untuk dilihat ialah wajah dan kedua belah tapak tangan sahaja. Dengan menutup aurat, golongan wanita akan lebih terjaga dan juga turut membantu dalam menjaga iman kaum adam.
Antara gambar yang menunjukkan pemakaian sempurna dan perlu diaplikasikan oleh kaum muslimin dan muslimat.
Islam bukan agama yang melarang fesyen dan perkembangan fesyen. Tidak ada nas yang menegah umat Islam untuk berfesyen dalam aspek berpakaian. Persoalan utama ialah menutup aurat dengan baik dan selaras dengan syariat Islam. Gambar di atas merupakan ciri-ciri pemakaian yang dituntut dalam Islam bagi wanita.
Aurat lelaki pula hanyalah diantara pusat hingga lutut sahaja..itu pun masih ramai lagi kaum muslimin di luar sana yang masih lagi mendedahkan aurat ketika keluar rumah iaitu dengan hanya berseluar pendek sahaja sehingga menampakkan aurat mereka (lutut). Gambar di atas pula menunjukkan cara-cara pemakaian yang amat digalakkan demi menutup aurat kaum adam.
Apabila bersukan, kebiasaanya kaum adam lebih mudah untuk mendedahkan aurat mereka terutamanya sewaktu bermain bola. Lihat sahaja di kaca tv..kebanyakannya memakai seluar pendek sehingga mendedahkan lutut. Bersukan itu baik..tetapi sebaik-baiknya dengan menutup aurat. Pakailah seluar yang panjang..masih boleh bersukan juga kan??
Oleh itu, saya amat menyokong kempen ini dan berharap kawan-kawan yang lain p0n turut serta. Jangan dipandang remeh soal aurat..kerana aurat jugalah golongan wanita kebanyakannya menjadi ahli nerakasebagaimana yang dilihat oleh Nabi Muhammad s.a.w sewaktu peristiwa Isra' dan Mikraj iaitu golongan wanita diseksa kerana mendedahkan aurat.
Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan berubah selagi ada waktu dan nyawa. Kita perlu bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk terus menggunakan segala nikmatNya walaupun kita seringkali melanggar segala suruhanNya. Allah itu maha Pengasih dan Penyayang. Peringatan untuk diri saya dan juga kepada kawan-kawan yang membaca.
Saya tag kepada sesiapa sahaja yang menyokong kempen ini dan sudi untuk membuat entri tentang kempen Cover Your Aurat/Show Your Support.
Yang Baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang Buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.
...Sekian...
والسلام
KaDaNg-KaDaNg Allah HiLaNgkAn SeKeJaP MaTaHaRi KeMuDiAn DiA dAtAnGkAn PuLa GuRuH dAn KiLaT,PuAs KiTa MeNcArI Di MaNa MaTaHaRi,RuPa-RuPaNyA Allah InGiN MeNgHaDiAhKaN kItA PeLaNgI yAnG iNdAh ~
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Atas Pandangan Dan Komen Anda . Shahril Akan Memperbetulkan Apa Yang Kurang . :) Lepas komen Jangan Lupa Share Artikel Dan Follow Blog Shahril !